Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan, Tetapi Masalah Kewangan Punca Penceraian Paling Tinggi. Macam Mana Itu?

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya orang kahwin ini atas dasar cinta yang paling dalam sehingga lautan api sanggupku redahi. Itu selalu yang kita dengar. Tapi bila orang berkahwin sebab wang ringgit pasti akan dapat cop sebagai pisau cukur serta mata duitan.

Orang kata, kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tetapi cinta juga tidak boleh memiliki kekayaan. Haa, macam mana itu?



Ramai yang masih tidak membuka mata hati mereka di mana, kewangan sememangnya tidak boleh membeli kebahagiaan akan tetapi ia mampu beri kesenangan hati dan kegembiraan. Ramai yang tidak sedar bahawa di Malaysia ini, sebanyak 17,359 kes penceraian adalah akibat dari masalah kewangan.

Jangan pandang remah akan masalah kewangan ini, dengan hanya menutup mata dengan perasaan cinta semata-mata. Selepas berkahwin korang perlukan wang dan duit untuk teruskan hidup.



Tetapi, bukanlah korang perlu tunggu kaya raya dahulu untuk berkahwin dan membina sebuah keluarga. Adalah lebih elok apabila korang mampu untuk menyediakan tempat tinggal, makan, pakaian buat anak-anak dan keluarga korang kelak.

Bukan perlu kaya dan miliki wang yang banyak dulu, tetapi perlu lebih bijak menguruskan kewangan korang dulu barulah boleh fikir nak uruskan kewangan rumahtangga kelak.

Rasa cinta dan kewangan itu perlu seiring barulah hubungan yang terbina itu lebih kukuh. Oleh itu, Azizul Azli Ahmad berkongsi pendapat mengenai kewangan sebagai salah satu punca penceraian yang paling tinggi.



KEWANGAN PUNCA CERAI?

1. Jangan pandang remeh soal belanja rumah tangga, hutang dan nafkah.

"Alah dia kerja juga, buat apa bagi duit lagi". Dalam diam hormatnya pada kita akan mula hilang.

2. Bila kita salah beli rumah atau kereta, kita mula tertekan hidup dalam keluarga.

3. Kewangan menjadi punca kepada 17,359 pasangan berpisah.

4. Jika setahun ada 49,965 kes bercerai, sehari akan ada 136 kes dan bagi setiap jam ada 5 pasangan berpisah.

5. Kahwin secara sederhana. Tulisan saya #TabungKahwin banyak kupas panduan jimat dan jana duit untuk kahwin. Bacalah, ianya percuma saja.

6. Bila jadi isteri, jadilah Gabenor Bank kewangan keluarga. Bila jadi suami, jadilah Perdana Menteri yang pikir jana duit buat keluarga.

Bila ada yang kata, "Duit tidak boleh beli kebahagian, katakan padanya kemiskinan lagi tidak boleh beli apa apa".

Selamat malam kawan. Jagalah keluarga dan bahagiakan mereka dengan usaha kita.

Sayangi keluarga kita.

Abah Qilah
Lelaki Penyayang Malaya

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen