Awas! Jangan Makan 5 Perkara Ini Bersama Buah Durian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasti ramai diantara kita ini peminat buah durian bukan? Walaupun ada yang membencinya kerana bau dan rasanya, tetapi buah ini memiliki peminat yang begitu tegar sehingga sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Bau dan rasa buah ini sememangnya akan menyengat sesiapa sahaja, malah itu yang membuatkan buah ini lebih istimewa.



Sekarang ini pun masih lagi musim buah durian, lebih mudah untuk kita dapatkan raja buah ini. Tidak kesahlah dari Musang King atau Udang Merah hinggalah durian kampung memang begitu mudah untuk didapati dipinggir-pinggir jalan.

Makan memang sedap durian ini, tetapi buat pencinta durian, anda kena tahu sebenarnya nak makan durian ni ada pantang larangnya dan buah ini tidak boleh digandingkan dengan sesetengah makanan.

Antaranya ialah:

1. Susu



Tekanan darah pada tubuh akan semakin meningkat jika minum susu bersama durian. Ini kerana durian juga memiliki kandungan sulfur yang dimiliki susu. Jadi jika dimakan bersama, tubuh badan kita tidak mampu untuk berfungsi sepenuhnya bagi mengeluarkan dan menghancurkan toksin.

2. Kopi



Kafein aktif dalam kopi membuatkan jantung kita berdegup lebih laju dan mampu menyebabkan suhu badan manusia menjadi lebih panas. Disebabkan kesan memakan keduanya durian dan kopi adalah sama, jadi untuk digandingkan bukan lah idea yang baik terutama untuk pesakit jantung.

3. Terung



Mungkin ramai yang tidak tahu, terung juga boleh menaikkan tubuh badan manusia apabila dikonsum. Dan kesannya adalah sama seperti kopi.

4. Ketam



Daging ketam mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi, begitu juga buah durian yang mengandungi karborhidrat serta lemak tinggi.

Jadi jika seseorang yang mempunyai kolestral tinggi makan durian bersama ketam secara tidak langsung ia akan memudaratkan.

5. Daging Lembu dan Kambing



Daging lembu dan kambing memberi kesan panas pada suhu badan kita dan sebaiknya tidak dimakan waktu berdekatan dengan durian.

Perkara ini akan membawa kepada peradangan atau inflamasi pada tubuh anda. Jadi, hati-hati semasa mengambilnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen