"Terima Kasih Khidmat Selama 3 Tahun" -Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna IUCD Untuk Jarak Kehamilan

Oleh: Zuzu Yasmine

Macam mana nak jarakkan kehamilan tanpa makan ubat perancang ye?

Banyak cara yang kita tahu untuk menjarakkan kehamilan, jika tidak mahu menggunakan ubat perancang. Ada yang menggunakan suntikan perancang, implan, ataupun penggunaan IUD.

Untuk yang kurang ilmu tentang jarakkan kehamilan, mungkin pil perancang adalah pilihan buat mereka ini. Di mana penggunaannya lebih mudah dan juga tidak akan menyakitkan. Tapi apa yang paling ditakuti oelh ibu-ibu ini sudah tentulah kalau-kalau mereka ini terlupa mengambil pil tersebut.



Ramai juga yang kurang mempunyai ilmu mengenai Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD) dimana alat ini boleh juga digunakan untuk mencegah dan menjarakkan kehamilan. Nampak macam menyeramkan bukan? Oleh itu, Himawari Chan  berkongsikan pengalaman beliau ‘memasukkan dan mengeluarkan’ IUCD selepas 3 tahun dan boleh dijadikan panduan buat anda semua.

Intra Uterine Contraceptive Device (IUCD)



Thanks IUCD atas khidmat bakti selama 3 tahun yang berjaya !!! Alhamdullillah berjaya family planning dengan IUCD ni. Pasang free je dekat KK Senawang masa hari ke 20 selepas Mikhail lahir. Painless okay

Harini genap 3 tahun pakai IUCD ni, so tiba masanya dikeluarkan. Sebenarnya kena set appointment dan jumpa doktor sebelum keluarkan benda ni, tapi saya terjah aje KK, daftar dan terus jumpa doktor, memang plan datang masa tengah period sebab memang kena keluarkan masa tengah period, doktor kata okay boleh keluarkan hari ni juga, so saya setuju je. Mula-mula memang seram juga sebab dah 3 tahun kan, tapi totally tak sakit tambah doktor KK yang keluarkan bagus dan beritahu every step sebelum dan masa dia keluarkan IUCD tu. Cuma rasa sedikit tak selesa aje dan paling terkejut ambil masa kurang daripada 6 minit saya rasa.

Bagus untuk jarakkan anak serta tak mengganggu kitaran haid



IUCD ni bagus untuk ibu-ibu yang hendak menjarakkan anak tanpa ada hormon yang boleh kacau kitaran period kita dan ada ibu-ibu yang tak boleh makan pil perancang atas sebab kesihatan, so kaedah ni boleh digunakan. Cuma adalah few side effects macam period heavy sikit dan duration panjang sikit daripada biasa dan kena selalu check benang masa period, selepas period dan selepas ‘bersama’..

Merancang keluarga sangat perlu untuk sesebuah keluarga atas sebab untuk kestabilan ekonomi keluarga, kesihatan fizikal dan mental emosi para ibu. Para suami pun kenalah faham dan belajar tentang family planning ni dan janganlah pentingkan diri sendiri ye. Thanks to my husband Redzuan Suratmin sebab faham keadaan kesihatan wife u dan bagi keizinan untuk pasang IUCD ni❤️

Tapi, kalau dah amalkan family planning tapi still mengandung tu kita memang tak boleh nak menidakkan kuasa Yang Esa kan?



Addition: Ramai yang tengok seram kan takut lah kan,bagi saya, saya lagi takut kalau baru bersalin, tambah dengan luka caesarean masih baru kurang daripada 2 tahun lepas tu mengandung lagi sebab takut pada alatan perancang keluarga. Itu lagi seram dan takut dan setiap kaedah merancang mesti ada kelebihan dan keburukan sebab manusia yang cipta mestilah tak boleh tanding kuasa Maha Pencipta.

Ps: Jangan tanya bila Mikhail nak ada adik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen