Bila Anak-Anak Dah Kahwin, Mak Pak Jangan Ikut Campur Urusan Mereka, Takut Nanti Berakhir Dengan Penceraian.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula hubungan suami isteri. Perselisihan faham, tidak sependapat itu adalah lumrah biasa dalam perkahwinan.

Namun begitu, dalam setiap perkara yang berlaku bukan ketua keluarga sahaja yang berhak membuat keputusan, akan tetapi peranan isteri juga adalah perkara yang penting.

Jangan sangka hubungan suami isteri yang harmoni ini tidak mempunyai masalah. Kalau tiada masalah antara suami isteri boleh jadi ia masalah antara mertua dan menantu boleh timbul. Nak-nak lagi dapat mertua yang ingin mencampuri segala urusan anak, akhirnya menantu yang akan makan hati.



Sebagai orang yang telah melayari bahtera perkahwinan yang sudah bertahun, keluarga mertua ini sepatutnya lebih arif dan mampu menunjukkan contoh yang baik buat anak-anak serta menantu mereka. Akan tetapi menantu juga perlu bijak untuk memikat hati mertua agar hubungan lebih erat.

Tapi yang paling penting adalah peranan seorang suami yang merupakan ketua keluarga perlu menjadi seorang yang lebih rasional di mana jangan mudah untuk percaya atau menyebelahi sebelah pihak sahaja, tetapi pastikan segala keputusan yang dibuat tidak akan melukakan hati isteri.

Berdasarkan perkongsian Nur Liyana Farahin telah memberi tip nasihat dari seorang Syeikh yang sering menjadi panduan dan pegangan semua suami isteri.



“Fara nak share nasihat Syeikh yang sering menjadi panduan dan pegangan Fara.”

1. Bila anak-anak sudah besar dan dewasa, berikan mereka ruang dan kebebasan. Kita sebagai parents hanya boleh bagi nasihat tapi bukan memaksa tak tentu pasal.

2. Jika anak-anak melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidup, support mereka dan biarkan mereka ambil tanggungjawab dan bangun balik, belajar dari kejatuhan diri sendiri. Dengan cara ini mereka jadi independent. Seperti ketika kecil kita biarkan anak jatuh ketika ingin berdiri dan bangun sendiri, hanya dengan cara ini mereka mampu berjalan sendiri.

3. Hidup dan pilihan anak-anak yang sudah dewasa, kita sebagai parents tak seharusnya nak tentukan apa-apa, biarlah mereka dengan haluan masing-masing. Asalkan tidak bertentangan dengan agama.

4. Bila anak sudah berkahwin dan ada kehidupan sendiri, jangan sesekali campur tangan dalam rumahtangga mereka kerana itu boleh berakhir dengan penceraian.

5. Apa yang elok bagi kita, tak semestinya elok bagi anak-anak. Apa yang berlaku pada kita, jangan dipaksakan pada zaman anak-anak. Hidup mereka biarlah mereka yang pilih. Zaman sudah berubah, cara pun sudah berubah.



6. Jangan dihimpit, jangan dipaksa, jangan main mainan emosi kerana tiada yang menderita melainkan anak-anak jua.

Moga Allah memberikan hikmah dan kebaikan kepada pasangan ini dan kesabaran untuk sembuh. Allah jualah yang menentukan segalanya untuk kita.

Artikel Lain

Tinggalkan Komen