6 Tanda Anda Bakal Jadi Jutawan.

Semua orang mahukan kekayaan…

Semua orang mahu kesenangan…

Semua orang mahukan keselesaan…

Akan tetapi berapa ramai sahaja yang berusaha untuk  mengubah dirinya menjadi seperti di atas? Berani mengambil tindakan, mengambil risiko semata-mata untuk kesenangan di masa hadapan, dan mencari kekayaan. Hanya segelintir sahaja yang mampu untuk mengubah dirinya, namun ada juga sebahagian daripada kita hanya menganggap ia adalah nasib tanpa berusaha.

Anda Bakal Hidup Senang Dan Keselesaan, Jika Anda Mempunyai 6 Tanda Ini….

1. Memiliki impian yang besar.

Orang yang mahukan kesenangan pada masa hadapan, tahu impiannya sendiri. Impiannya tidak samar-samar seperti orang biasa, malah impiannya besar. Impiannya bukan sekadar mahu melancong di luar negara sahaja, akan tetapi mahukan perniagaan sendiri yang luas dan dikenali orang luar. Itu adalah impian yang besar.

Sebagai contoh, mula-mula nak ada perniagaan kecil, kemudian mahu ambil pekerja, bila perniagaan dan stabil baru luaskan di serata tempat. Sudah tentu ia akan mengambil masa yang lama.

2. Berani membuat keputusan.

Orang yang mahu jadi jutawan, adalah individu yang berani membuat keputusan. Ada yang mendengar ia agak drastik dan terlalu drama, tetapi keputusan tersebut bukan hanya omong kosong. Setiap keputusan yang dilakukan ada perancangan. Semuanya telah di rekod, kertas kerjanya tidak kosong.

3. Bercakap tentang idea, bukannya bergossip.

Jika sudah berani membuat keputusan, sudah tentu individu sebegini tidak kekeringan idea. Ideanya sentiasa mencurah-curah, sama ada untuk diri sendiri, ataupun untuk menolong orang lain. Dirinya bagaikan tiada masa untuk mencari salah orang lain, untuk bergossip dan mengambil kata-kata kecaman terlalu peribadi.

Semuanya dipandang dengan perspektif lain dan lebih jauh.

4. Seorang yang konsisten.

Individu yang mahu jadi jutawan sangat konsisten apa jua yang dilakukan. Hari ini mahu menyimpan, kemudian gandakan simpanan, kemudian buat pelaburan dengan emas mahupun hartanah. Perancangannya kurang tersasar, kerana individu ini tahu apa yang mereka mahukan di masa hadapan.

Bukan hanya keselesaan pada diri sendiri, tetapi untuk anak-anak, cucu dan generasi seterusnya.

5. Fokus pada jana pendapatan, bukan hanya jimat sahaja.

Individu yang mahu menjadi seorang jutawan bukan hanya berjimat cermat sahaja, mereka juga akan merancang untuk menjana pendapatan yang lain. Extra income. Tidak hanya bergantung dengan makan gaji sahaja, pada waktu lain pasti akan ada masa untuk membuat kerja sampingan. Supaya simpanan akan bertambah.

6. Tahu apa yang pelanggan suka.

Jika sudah mulakan perniagaan yang kecil, aspek yang perlu diutamakan adalah menjual apa yang pelanggan suka. Sebagai contoh, menjual makanan. Tidak kedekut dengan segala kandungan dalam makanan tersebut supaya cukup rasa dan tidak hambar.

Ataupun contoh lain bakeri. Tidak ramai yang suka makanan terlalu manis, jadi kita perlu adjust selera mereka supaya sentiasa ada regular customer.

Artikel ini insiprasi daripada Azizul Azli Ahmad.

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen