5 Sebab Kenapa Kita Perlu Makan Ubat Selepas Makan, Yang Kita Tidak Ketahui.

Pasti di antara kita tertanya-tanya, kenapa ada ubat yang diberi oleh doktor, kebanyakannya perlu dimakan selepas makan makanan berat? Kalau makan ubat sebelum makan, apa yang akan terjadi pada tubuh badan kita?

Jom Lihat 5 Sebab Utama Ini..

1. Untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.

Sebab utama kenapa kita perlu makan ubat selepas makan adalah untuk mengurangkan rasa loya dan muntah. Kalau kita makan ubat sebelum makan, dikhuatiri perut akan menjadi tidak selesa bagi pesakit yang akan menyebabkan muntah.

Antara ubat yang mempunyai kesan sampingan ini adalah seperti ubat tahan sakit, ubat gout dan juga ubat Parkinson dimana penyerapan ubat di dalam saluran pemakanan adalah cepat. Kalau kita tak makan lagi, tapi lepastu terus makan ubat, memang akan menyebabkan loya dan muntah.

Sebab tu dengan ada sedikit pemakanan, proses penyerapan akan menjadi sedikit lambat kerana adanya proses penghadaman makanan.

2. Untuk mengelakkan penyakit gastrik.

Untuk mereka yang mempunyai penyakit gastrik, ini adalah masalah utama anda.

Doktor dah banyak kali sarankan, jaga jadual pemakanan dan makan ubat selepas makan, tapi ramai juga yang degil. Kalau anda tidak menjaga jadual pemakanan iaitu makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit, kemudian makan ubat pun tak jaga, memang berlarutan gastrik anda nanti.

Jadi, kepada mereka yang ada masalah gastrik sekiranya anda di diagnosis mempunyai penyakit lain dan diberikan ubat seperti aspirin, atau jenis ibuprofen, ataupun jenis steroid. SILA jaga jadual pemakanan harian dan ambil ubat-ubatan ini kemudian kerana ia mampu menghakis usus anda sehingga menyebabkan ulcer.

3. Untuk memastikan ubat tidak dibilas terus ketika makan.

Ada juga sebahagian ubat yang memerlukan ia mengambil masa yang agak panjang supaya penyakit anda pulih. Sebagai contoh, antara ubat yang memerlukan masa adalah, ubat kumur atau cecair nystatin dimana untuk merawat fungus dalam mulut.

Maka, untuk menjadikan ubat ini efektif untuk membunuh kuman, anda memang perlu makan dahulu. Kalau anda makan ubat, kemudian baru nak makan bubur/nasi, dikhuatiri ubat tersebut tidak akan memberi kesan yang baik untuk menyembuh penyakit anda.

4. Untuk mengelakkan kesan sampingan hypoglycemia.

Bagi mereka yang sedang dalam rawatan untuk kencing manis, anda akan diberikan ubat untuk menurunkan paras glukosa dalam badan. Ubat ini mempunyai kesan sampingan iaitu masalah hypoglycemia dimana ia sangat bahaya kerana jika kandungan para gula terlalu rendah, ia akan menyebabkan kematian.

Jadi, dengan mengambil makanan berat dahulu adalah amat disarankan supaya dapat meningkatkan bacaan glukosa dalam badan, kemudian baru boleh ambil ubat jenis ini.

5. Untuk memaksimumkan kesan ubat tersebut.

Dan yang paling penting untuk mengambil makanan berat dahulu sebelum makan ubat adalah untuk memaksimumkan kesan ubat tersebut. Dengan adanya sedikit proses penghadaman di dalam saluran pemakanan sudah tentu ia akan membantu penyerapan ubat tersebut tanpa menganggu sebarang penyakit kronik.

Oleh Yang Sedemikian, Jagalah Badan Anda!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen