Bagi Bakal Pengantin Yang Mahu Kelihatan Berseri, Amalkan Penggunaan Minyak Argan Dan Ketahui 9 Kelebihan Ini.

Pada masa kini, penggunaan minyak argan sudah pun berleluasa dan dikenali oleh orang ramai. Ia bukan hanya minyak semata-mata, malah sudah diekstrak ke dalam produk penggunaan harian kaum wanita terutamanya produk skin care.

Jadi, bagi golongan bakal pengantin perempuan, mula dari sekarang untuk amalkan minyak argan ini supaya kelihatan lebih berseri ketika majlis perkahwinan anda.

9 Kelebihan Yang Anda Akan Dapat Adalah…

1. Bertambah awet muda.

Jika anda amalkan minyak argan untuk sekian lama, antara kesan yang anda boleh lihat adalah kulit wajah yang tegang yang menyebabkan anda kelihatan sentiasa awet muda. Kandungan vitamin E dan antioksidan dalam minyak ini sebenarnya membantu untuk melawan radikal bebas dan melambatkan penuaan wajah.

2. Mampu memudarkan masalah parut dan jerawat.

Kelebihan minyak argan ini adalah dapat memudarkan parut luka di wajah, malah mengecutkan jerawat dengan cepat. Sekiranya anda memiliki jerawat degil dimuka, sapu sahaja minyak argan, Insya Allah esok hari akan surut. Ia hanya surut dan memudarkan parut ya. Kalau nak sembuh dan hilang begitu sahaja akan mengambil masa yang lama mengikut individu.

3. Dapat membantu mengurangkan kusam pada wajah.

Minyak argan juga sebenarnya dapat membantu anda mendapat tona kulit yang sekata dengan kulit wajah anda. Sekiranya wajah anda sangat kusam, amalkan penggunaan minyak argan setiap hari, Insya Allah wajah anda akan kelihatan cerah dan berseri pada majlis persandingan.

Sebab itu pentingnya skin care yang bagus sebelum menggunakan solekan di muka.

4. Mampu untuk melembapkan kulit wajah anda.

Apa yang paling digeruni oleh ramai wanita adalah, kulit wajah yang kering sehingga solekan pun tidak melekat pada wajah. Sekiranya, anda berasa hairan kenapa walaupun anda membeli barang solek yang mahal, tapi bila selfie tiada kesan mekap di muka. Nampak macam tak mekap, kan?

Rahsianya adalah, kerana kulit wajah anda tidak begitu lembap. Sebab itu juru solek akan memastikan dan meletakkan banyak pelembap di wajah sebelum memulakan solekan.

5. Wajah kelihatan segar.

Untuk wajah yang sentiasa berseri, anda perlu memiliki wajah yang segar dari dalam. Jadi, kelebihan minyak argan ini adalah mampu untuk memberi kesegaran wajah sekiranya anda amalkan setiap hari. Ia juga berfungsi sebagai toner untuk memastikan wajah anda kekal segar dan lembap. Jadi, amalkan penggunaan minyak argan pada setiap malam.

6. Mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan.

Selain untuk wajah yang berseri, minyak argan juga mempunyai kelebihan pada tubuh badan anda. Ia amat sesuai untuk bakal pengantin yang sedang menjaga diet pemakanan untuk kelihatan langsing. Minyak argan juga mampu mengurangkan kolestrol dalam badan kerana ia menghalang penyerapan kolestrol yang tidak baik dari saluran usus.

7. Mampu membantu proses penghadaman yang baik.

Selain mampu mengurangkan kolestrol, ia juga secara tidak langsung akan melancarkan proses penghadaman. Jadi, ia amat sesuai bagi mereka yang mahu badan sihat dan kekal solid sepanjang masa.

8. Mampu menguatkan kuku dan rambut.

Di samping itu, minyak argan juga mempunyai kelebihan untuk menguatkan kuku dan rambut ini kerana ciri-ciri anti radang dan anti bakteria yang ada pada minyak argan membantu melawan infeksi pada kulit dan kuku. Kuku bukan hanya akan kelihatan lebih sihat tetapi juga semakin bersinar dan bermaya.

9. Mampu melembap dan mencantikkan bibir.

Antara masalah utama ketika menyolek pengantin perempuan adalah mereka kebanyakannya memiliki bibir yang kering, menggelupas dan gelap. Jadi, bagi mereka yang memiliki bibir sebegini amalkan minyak argan setiap malam sebelum tidur. Sapu pada bibir agar lembap pada esok hari.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen