Jangan Kerap Upload Kemesraan Di Media Sosial, Orang Yang Tengok Belum Tentu Suka, Takut Nanti Musnah Kebahagiaan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan yang dilihat bahagia tiba-tiba boleh runtuh, hubungan yang penuh kemesraan tiba-tiba boleh jadi renggang. Perkara-perkara yang macam ini semuanya boleh berlaku dengan cepat dan sekelip mata. Kadang-kadang sampai tuan punya badan pun tak tahu apa punca hubungan yang dulu bahagia boleh runtuh sekelip mata.

Ada yang silapkan diri sendiri, ada yang silapkan pasangan. Tapi sebenarnya ia timbul kerana pandangan benci orang lain dekat keluarga kita.



Kadang tak salah pun nak tunjuk apa yang kita ada, tapi jangan lah terlalu melebih-lebih. Kita tak tahu siapa yang tak senang lihat kebahagiaan kita, yang tak suka dengan kita. Orang kalau dah tak suka ni, boleh buat macam-macam dekat kita.

Macam pesanan dari Muhammad Hassan ini, pandangan benci orang ini boleh musnahkan kebahagiaan yang kita ada.

Ini bahayanya tentang penyakit Al-ain atau pandangan benci orang juga boleh menyebabkan pergaduhan suami isteri sehingga musnah hubungan rumahtangga.

Abang saya pesan, jangan terlalu kerap upload gambar kemesraan kita suami isteri di media sosial. Takut ketika itu ada mata yang memandang dengan tidak sengaja matanya memandangan dengan pandangan dengki.



Abang saya ini bidangnya setiap hari akan mengadap orang yang nak nikah sehinggalah masalah nak cerai.

Beliau kongsi ramai sekarang anak muda kahwin awal tapi lagi 1 tahun datang jumpa semula beliau kerana selalu gaduh sehingga nak bercerai.

Banyak faktor, tapi dari pemerhatian beliau dan kajian yang beliau buat dari ratusan penceraian, apabila ditanya suka upload gambar kemesraan dimedia sosial sedangkan 10 tahun dulu perkara macam ini tak berlaku (tayang gambar kepada orang tidak dikenali)

Bayangkan malam tadi upload gambar kemesraan dengan pasangan dapat ribu ‘like’ dan komen tanda pujian,tup tup pagi ini gaduh suami isteri. Allah. Inilah tanda kita dapat penyakit ‘Al-ain’.



Bagaimana cara untuk kita elak mata kita sendiri jadi ‘Al-ain’? 

Ini saya nak kongsi ilmu yang saya belajar dari guru saya. Jika kita tengok sesuai yang cantik, tengok kemesraan, kebahagiaan rumahtangga orang lain, tengok rakan kita tayang kereta mewah, rumah besar atau ada orang pujian kita.

Bacalah: “Masyallah Allah La Quwawata illah billah” Rujuk surah Al-Kahf ayat 18/39

Moga kita dijauhkan dari AL-Ain dan moga mata kita juga bukan dari ‘Al-ain’

Moga bermanfaat.

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen