Ini Ciri-Ciri Pasangan Yang Dominan & Suka Mengatur, Baik Jauhi Segera.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam bercinta ini, kita perlu bijak untuk mengenali pasangan kita ini. Kita perlu tahu bahawa dirinya itu benar-benar menyayangi kita atau sebenarnya dia hanya ingin menguasai kita sahaja.

Ada beza antara benar-benar sayang dengan mereka yang hanya mahu menguasai ini. Mungkin ada yang beranggapan bahawa salah satu tanda sayang adalah menguasai pasangan akan tetapi perkara ini tidak betul sebenarnya.



Kalau pasangan korang itu betul-betul sayang akan korang, mereka akan menyokong setiap perkara yang korang lakukan dan lebih rasional dalam perhubungan kalian. Korang perlu jelas dan memahami akan perkara ini barulah korang tidak terlibat dengan hubungan toksik.

Korang tidak boleh menganggap mengatur dan menguasai korang itu tanda sayang, sebenarnya ia akan memusnahkan diri korang sendiri.

Nak tahu pasangan korang itu dominan atau tak? Ini tips nak ketahuinya.

1. Jauhkan korang dari orang lain.

Lagi jelas dan nyata kalau dia nak miliki korang bersendirian. Tak rela berkongsi walaupun dengan rakan-rakan dan keluarga korang. Dia tak suka kalau anda menghabiskan banyak masa dengan orang sekeliling anda.

Mula-mula tak bagi luangkan masa yang banyak, lama kelamaan dia akan cuab jauhkan korang dengan orang yang terdekat. Hati-hati.



2. Suka kritik itu ini.

Kadang kala mungkin pasangan korang tu jenis suka menegur, tetapi korang kena tahu bezakan dia tegur untuk kebaikan korang atau hanya sekadar nak kritik korang je. Penah atau tak teguran yang dia bagi itu buat korang rasa down atau rendah diri?

Kalau dia selalu kritik dan tegur korang sampai hilang rasa yakin dekat diri sendiri itu, memang korang tak patut kekal dalam hubungan itu lagi.

3. Tak bagi ruang untuk diri sendiri.

Setiap orang mesti nak ruang privacy mereka sendiri, tetapi berlainan pula dengan pasangan korang ini. Kalau korang tak jawab call atau tak balas mesej, boleh gaduh sehari dibuatnya. Pasangan korang ni sentiasa nak korang update apa-apa dekat dia.

Itu yang kalau korang tertidur tapi tak bagitahu dia akan call banyak kali dan kata korang curang. Haa, sampai bila nak pertahankan hubungan macam ini.

4. Apa yang korang cakap semua tak diterima.

Hubungan yang matang dan lebih rasional biasanya akan saling mendengar pendapat antara satu sama lain. Tapi hubungan korang ni biasanya pendapat dia je yang didengar, pendapat korang langsung tak diterima.

Bila korang bergaduh, selalu apa yang korang cakap mesti tidak akan diambil kesah tetapi korang pulak yang disalahkan semula.



5. Tak support apa korang buat.

Korang nak jadi itu, dia kata korang tak layak. Bila korang kata nak jadi ini pula, pun dia kata tak sesuai. Apa yang dia tahu cuma nak patahkan semangat korang je. Tak ada sedikit pun dia nak bagi kata-kata semangat atau sokongan.

Kalau terus menerus dengan hubungan macam ini, korang sendiri nanti tak ke mana malah hanya harapkan dia je. Itulah yang dia nak, nanti korang tak pandai hidup tanpa dia di sisi.

Fikir-fikirkan balik bila korang dapat pasangan macam ni. Kalau korang rasa perkara ini tanda sayang dan membahagiakan korang, rasanya korang memang dah terpengaruh dengan dia.

Hubungan yang terjalin ini patutnya membahagiakan bukannya menyeksakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen