Kalau Menumpang Di Rumah Mertua Lepas Berkahwin, Pastikan Jaga Adab Pada 6 Perkara Ini!

Bagi pasangan yang baru berkahwin dan tidak memiliki rumah sendiri, pasti mengambil keputusan untuk tinggal di rumah mertua dahulu. Sementara menunggu masa untuk menyimpan wang dan mencari rumah yang sesuai untuk dibeli, tinggal di rumah mertua dahulu adalah keputusan yang tepat bagi anda.

Ini kerana walaupun menumpang, anda dan pasangan boleh juga lihat keadaan kedua ibu bapa pasangan. Kalau duduk berjauhan, nanti mesti risau sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.

Jadi, dah menumpang rumah mertua tu, mesti la kena jaga adab!

Berikut Adalah 6 Perkara Yang Anda Kena Jaga….

1. Bilik.

Bukan sahaja anda perlu jaga dan kemas bilik sendiri, anda juga perlu tahu privasi bilik-bilik yang ada di dalam rumah tersebut. Terutamanya bilik ibu bapa mertua anda. Agak biadap sekiranya anda gemar masuk tanpa izin tuan rumah, jadi elakkan menjadi ingin tahu yang sangat kuat terhadap bilik tersebut.

2. Ruang Tamu.

Secara kebiasaannya, halaman ruang tamu masyarakat melayu pasti mempunyai televisyen. Jadi, ia adalah sangat sesuai untuk seisi keluarga menonton rancangan kegemaran beramai-ramai secara santai. Maka, jagalah sikap anda sendiri walaupun hubungan anda dengan mertua dan ipar duai sangat selesa.

Jangan suka hati menukar rancangan di televisyen, duduk terkangkang, makan sambil menonton televisyen dan seumpama dengannya.

3. Dapur.

Sebagaimana anda mahu tetamu datang ke rumah dan membasuh pinggan sendiri, begitu jugalah ketika anda di rumah mertua. Jangan biarkan orang lain pula yang membasuh pinggan mangkuk anda. Jika, anda sedang masak ketika itu, jagalah barang dapur mertua. Hanya orang perempuan sahaja yang mengetahui bahawa betapa berharganya setiap barang di dapur tersebut.

4. Jaga pakaian.

Dari segi penampilan…

Bagi pihak perempuan, jangan pula memakai pakaian yang terlalu seksi di rumah mertua, segan pula mereka yang melihat. Yang lelaki pula, jangan hanya memakai seluar pendek sahaja, cukuplah hanya untuk pasangan suami isteri sahaja yang melihat.

Malah, segala baju yang anda telah pakai, jangan biarkan mertua pula yang membasuh dan melipat baju anda. Ringankan tulang, untuk melakukan proses ‘Basuh, jemur, lipat’.

5. Jangan jadikan rumah mertua seperti hotel.

Disebabkan anda tidak selesa untuk tinggal berdua dengan ibu mertua sebagai contoh, anda sanggup tidur di rumah sahabat hanya kerana untuk mengelakkan rasa kekok tersebut. Jangan jadikan rumah mertua sebagai hotel pula, ia bukannya rumah anda sendiri. Sudahlah tak selalu masak, tidur pun tak selesa.

6. Hanya guna duit mertua sahaja.

Sekiranya anda sudah bekerjaya, tak salah kalau sekali sekala gunakan duit anda pula untuk membeli barang dapur atau belanja makan. Masakan pula, setaip masa duit mertua sahaja yang perlu dikeluarkan seolah-olah mereka yang menanggung hidup anda. Cuba jadi berdikari sikit.

Semoga Bermanfaat Dan Jagalah Adab Dimana Sahaja Kita Berada!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen