“Jangan Tangguh Beli Rumah Hanya Kerana Jauh….” Ikuti Perkongsian Ini.

Ada sebab kenapa kita tak boleh suka hati nak tangguh sesuatu urusan yang penting, terutamanya berkenaan dengan gaya hidup kita. Yang secara tidak langsung ia berkait rapat dengan kewangan kita, dimana perlu membuat banyak perancangan termasuklah simpanan untuk persaraan.

Antara urusan yang anda perlu pertimbangkan awal adalah rumah. Ramai dikalangan kita menangguh hasrat untuk membeli rumah hanya kerana jauh dari tempat kerja, jauh dari keluarga dan seumpama dengannya. Dan akhirnya, terkubur sahaja hasrat itu.

Sebenarnya, hal ini jangan terus ditangguhkan seperti pesanan dari saudara Harith Faisal ini…

********

Saya selalu dengar orang kata, “Aku tak nak beli rumah lagi sebab tak tau nak stay betul-betul kat mana. Nanti bila dah tua, nak buat rumah kat kampung je. Senang.”

Ye ke senang?

Saya rasa, lebih baik kau fokus beli rumah sekarang kat mana-mana. Untuk bersara, kau fokus untuk pastikan simpanan kau cukup dan tak perlu bekerja semula lepas tu.

Bukan apa, menurut laporan KWSP, seorang pesara perlu ada simpanan RM228,000 bila umur dah 55 tahun.

Tapi sedihnya, setakat tahun 2015, dua pertiga pesara KWSP hanya ada RM50,000 atau kurang masa umur 54 tahun.

Lagi sedih, simpanan tu pula dijangka akan habis dalam tempoh lima tahun selepas bersara. Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP lah, bukan saya.

Simpan duit ni sebenarnya tak perlu diajar pun kepentingannya. Takkan tak boleh fikir nak buat apa dengan duit tu nanti.

Saya jadi pelik bila tengok lifestyle orang melampau-lampau tapi dia sendiri akui yang simpanan cash dia memang sangat sikit.

Beraninya memperjudikan nasib dan berserah bulat-bulat kepada takdir. Cukup ke usaha kita sampai kita boleh kata yang kita tak dapat itu ini sebab tak ada rezeki.

Jangan salahkan rezeki jika usaha kita tidak sekuat mana. Kawan-kawan, rezeki itu sudah Tuhan sediakan. Tinggal kita nak ambil atau tidak saja.

Belajar dengan orang yang pakar, cari mentor yang betul untuk berjaya dalam sesuatu bidang. Rendahkan ego, belajar dengan semua orang.

Bila kita dah rasa diri kita pandai sangat, waktu itu kitalah yang bodoh. Dan waktu kita rasa diri kita bodoh, waktu tu kita akan usaha untuk jadi lebih pandai.

Cari duit, buat simpanan, melabur dan bersara dengan tenang dengan simpanan yang cukup. Sekadar nak ingatkan, bina rumah perlukan kos yang tinggi.

Dana persaraan KWSP beratus ribu yang kau bakal ada tu, lebih baik disimpan dan digunakan dengan bijak supaya ia cukup hingga ke akhir hayat kau.

Iya, duit banyak-banyak tu memang tak boleh bawa masuk ke kubur. Masalahnya kau mati bila pun kau tak tahu, kau yakin ke kau akan mati di saat simpanan kau cukup-cukup tinggal RM10 terakhir.

Kalau kau boleh set sendiri macam tu, okaylah. Bolehlah. Silakanlah. - HF

********  

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen