Antara Janji Palsu Yang Si Dia Sering Ungkapkan. Hati-Hati!

Semua orang boleh melafazkan janji…

Tetapi tidak ramai boleh menepati janji…

Janji palsu, janji manis…

Semua orang boleh menabur janji…

Namun, siapa sahaja dikalangan kita yang malang terperangkap dengan janji?

Terperangkap dengan janji yang tidak pasti…

Terperangkap dengan janji yang melukakan hati…

Terperangkap dengan janji yang menggadai diri…

Sebelum Menjadi Insan Yang Malang Terperangkap Dengan Janji, Jom Lihat Antara Janji-Janji Palsu Yang Si Dia Sering Ungkapkan…

1. Janji untuk berubah.

Janji ini adalah janji yang paling tipikal semua orang boleh ungkapkan. Katakan sahaja mahu berubah, namun sejauh mana si dia bersungguh-sungguh untuk berubah? Adakah hanya dengan kata-kata sahaja si dia akan berubah?

Orang suka berjanji untuk berubah kerana mahu peluang kedua dalam hubungan. Jika benar si dia mahu berubah, bukan kata-kata sahaja ditaburkan, tetapi lihatlah juga segala tindakannya. Adakah segala perbuatannya mencurigakan? Atau seolah-olah mengambil kesempatan? Hati-hati!

2. Janji untuk menepati masa.

Semua orang boleh berjanji untuk menepati masa dan waktu, namun berapa ramai yang boleh menepati janji ini? Jika benar anda adalah orang penting dalam hidup si dia, si dia tidak akan mudah menabur janji untuk menepati masa, tetapi si dia tunjukkan melalui perbuatannya. Kehadirannya. Belum sampai lagi waktunya, si dia sudah memberi kerjasama yang meyakinkan.

Bukan janji melayu.

3. Janji untuk fikirkan tentang bekas kekasih.

Sebenarnya, minda kita masih boleh menyimpan segala masa silam kita. Jadi, amat mustahil sekiranya si dia berjanji untuk tidak fikirkan tentang bekas kekasihnya. Pasti ada sekelumit perasaan untuk memikirkan hal bekas kekasih.

Bohong lah kalau langsung tak terfikir tentang bekas kekasih. Melainkan si dia betul-betul hilang ingatan, akibat kemalangan.

4. Berjanji untuk tidak berbohong.

Berbohong…

Kadang-kala kita berbohong atau tidak bersikap jujur kerana untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Janji ini juga amat mustahil sekiranya si dia mahu tepati. Sebagai manusia biasa juga, kita tidak akan lari untuk berbohong. Bak kata pepatah orang melayu, ia adalah ‘Tipu Sunat’.

Jika benar si dia berjanji untuk tidak berbohong, lihatlah dengan siapa si dia bersahabat. Lihat keluarganya, lihat tempat kerjanya, lihat tempat belajarnya, lihat tempat lepaknya. Ini kerana suasana sesuatu tempat mempengaruhi si dia untuk berbohong pada anda.

Teruk keadaan tersebut, semakin teruk si dia akan berbohong pada anda. Hati-hati!

5. Berjanji tidak akan memandang lelaki/perempuan lain.

Dan janji yang paling tipikal si dia sering ungkapkan adalah, janji untuk tidak melihat lelaki/perempuan lain. Ia amat mustahil kerana pandangan mata manusia memang mudah terganggu dengan keadaan sekeliling.

Oleh yang sedemikian, berhati-hati sekiranya janji palsu ini kerap terjadi kerana ia akan menjurus hubungan kalian ke arah toksik. Toksik dimana si dia sebenarnya sudah pun tawar hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen