Awas pencinta kucing! Hati-Hati Dengan Cakaran Si Bulus Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sesiapa sahaja yang melihat gelagat si bulus ini pasti mudah jatuh hati. Mana tidaknya dengan wajah yang comel lagi manja itu pasti mampu menangkap mana-mana hati yang melihatnya, terutama jika orang itu adalah peminat kucing.

Seperti yang kita tahu, kucing ini adalah haiwan peliharaan yang paling mudah untuk dijaga. Selain manja dan menenangkan, membela kucing juga membantu untuk mengurangkan risiko serang strok.

Walaupun kucing adalah haiwan yang paling disukai ramai, tetapi ada beberapa perkara yang anda perlu tahu berkenaan kucing ini terutamanya penyakit yang dibawa olehnya.



Awas, jika anda pencinta kucing!

Kucing boleh menyebabkan satu penyakit yang dipanggil sebagai Cat-scratch disease. Daripada nama penyakit tersebut kita dah boleh agak ia disebabkan cakaran kucing tersebut.

Penyakit ini wujud disebabkan kucing boleh membawa satu bakteria bernama Bartonella henselae. Sebanyak 40% daripada kucing membawa bakteria ini sepanjang hidup mereka dan kebanyakan daripada kucing ini tidak menunjukkan apa-apa simptom. Bermaksud kucing anda yang sihat itu juga berkemungkinan membawa bakteria ini.



Anda boleh dijangkiti penyakit ini dengan 2 cara iaitu:

• Melalui cakaran kucing yang dijangkiti dengan bakteria ini

• Kucing yang dijangkiti menjilat luka anda.

Setelah terdedah dengan kuman tersebut, ia mengambil masa selama 14 hari sebelum anda mula menunjukkan simptom

Ketika simptom itu berlaku, luka anda akan menjadi merah, bengkak dan mungkin mempunyai nanah.

Malah anda sendiri akan mengalami demam yang teruk, sakit kepala, sakit sendi dan terasa letih sangat.

Selalunya pesakit akan sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan. Antibiotik hanya diberikan jika jangkitan itu merebak ke tempat lain seperti kepada otak atau paru-paru ataupun terdapat jangkitan bakteria lain pada bahagian kulit yang dicakar.



Jika anda dicakar dengan kucing, anda diminta untuk membasuh luka tersebut dengan menggunakan air yang banyak supaya bakteria tersebut boleh dibersihkan daripada kawasan luka.

Perlu diketahui bahawa, penyakit ini juga boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti jangkitan pada otak, jangkitan paru-paru, bacaan platlet menjadi rendah dan pelbagai komplikasi lagi.

Oleh itu, walaupun anda mencintai kucing, anda perlu berhati-hati terutamanya jika kucing tersebut telah mencakar anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen