Ramai Suami Tidak Tahu, Banyak Sebab Untuk Anda Menghargai Isteri Di Sisi.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rintihan, penat lelah, serta perasaannya sentiasa diketepikan demi anak-anak dan suaminya yang tersayang. Rasa tidak dapat duduk dengan senang jika melihat suami dan anak-anaknya berdepan dengan kepayahan serta kepenatan melakukan sesuatu. Kadang kala itu, kemahuan diri sendiri diketepikan hanya mehu membahagiakan yang tersayang akan tetapi sedikit pun suaminya tidak penah nampak dan hargainya.

Bukan diharapkan emas dan permata untuk membalas segala pengorbanan dan penat lelahnya, tetapi cukup sekadar suaminya itu menghargai setiap pengorbanan yang telah seorang isteri lakukan.



Tidak mudah nak jadi seorang isteri ini, banyak rasa yang dipendam banyak kata yang tidak diendahkan malah banyak jasa yang dilupakan.

Suami-suami, isteri yang anda miliki sekarang ini tidak akan ada yang mampu menggantinya. Lagi-lagi bila dirinya itu cukup lengkap serba serbi. Walaupun seribu yang datang pun, tidak akan sama dengan isteri anda seorang ini.



Susah sangat ke untuk anda menghargainya disaat dia masih di sisi anda menemani hari-hari yang penuh liku ini? Anda rasa tiada sebab untuk anda menghargai isteri anda sedangkan anda merasakan anda lebih banyak berkorban untuk keluarga?

Buat suami-suami yang tidak tahu mengapa perlunya anda mengharagi isteri anda? Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini mungkin membuka mata anda.

Kenapa perlu menghargai seorang isteri?

Tahukah kita bahawa bukan mudah bagi seorang wanita untuk menyerahkan maruah dan kehormatan dirinya kepada seorang lelaki walaupun lelaki itu dikenalinya, dicintainya dan disayanginya?

Dia sendiri belum pasti sejauh mana dia btul-betul kenal lelaki itu, sedalam mana cinta lelaki itu kepada dirinya dan sesayang mana lelaki itu terhadap dirinya…tapi kelak,

Dirinya akan menjadi hak milik lelaki itu…lelaki itu berhak sepenuhnya ke atas dirinya…

Kemudian berpindah tanggungjawab dari keluarganya iaitu dari ibubapanya kepada seorang lelaki yang baru hadir dalam hidupnya…dia sendiri tidak pasti sama ada lelaki itu akan benar-benar menjaganya seperti ayahnya membesarkannya…



Boleh jadi lelaki ini akan menjaganya dengan baik, boleh jadi lelaki ini akan menyakitinya. Boleh jadi lelaki ini akan memukulnya. Boleh jadi lelaki ini akan melayani dan memperlakukannya seperti seorang hamba.

Apabila menjadi isteri, keutamaannya adalah suami.

Mendahulukan dan melebihkan suami dalam apa jua urusan, ini juga memerlukan masa untuknya menyesuaikan diri kerana sebelum ini, jika dia ingin keluar, dia akan keluar. Jika dia ingin beli sesuatu, dia akan terus beli tapi kini,

Semuanya memerlukan pandangan dan keizinan dari suami. Tidak ada lagi kebebasan untuknya… tidak ada lagi masa lapang ataupun masa rehat untuknya…sihat atau sakit, tugas seorang isteri itu tetap perlu dibuatnya…penat atau letih, tugas seorang isteri itu tetap perlu dijalankannya...

Suami tetap perlu dilayan...

Panjang lebar jika saya ingin huraikan tentang kenapa perlu seorang suami menghargai seorang isteri...cukup sekadar ini sahaja untuk renungan bersama dan soalan yang kita sebagai suami perlu tanya diri kita sendiri ialah,

“Susah sangat ke nak menghargai seorang isteri?”

Renung-renungkan…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen