Orang Perempuan Mampu Imbas Balik Silap Pasangan Sebulan Lepas? Ini Beza Otak Lelaki Dan Perempuan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Selalunya kita hanya melihat perbezaan antara lelaki dan perempuan hanya ketika dalam perhubungan sahaja. Di mana lelaki lebih egois manakala perempuan lebih bermain dengan emosi mereka. Akan tetapi bukan dalam perhubungan sahaja wanita dan lelaki ini berbeza.

Sedangkan di dalam otak antara lelaki dan juga perempuan turut berbeza. Dari mana perbezaan itu dapat dilihat? Ia dapat dilihat dari segi penerimaan dan penyampaian maklumat.

Selalunya orang perempuan ini mampu mengingati hal-hal yang sudah berlalu walaupun ia sudah bertahun berlaku tapi mereka ini mampu mengingati dengan baik. Nak tahu macam mana orang perempuan ini imbas kembali segala perbuatan dan kesalahan yang orang lelaki lakukan dulu? Meh baca artikel ini.



Lelaki dan perempuan diciptakan berbeda. Bukan sahaja dari sudut fizikal luaran. Berbeda dari sudut otak juga.

Otak lelaki dan perempuan berbeda. Perbedaan ini bukan untuk melihat spesis mana yang lebih hebat. Cukup sekadar bekalan memahami.

Andai ada faham, pertelingkahan dijauhkan. Bermasam muka tidak berlaku. Wujud kerjasama dan saling memahami.



Diciptakan perempuan memiliki lebih besar hippocampus. Ini adalah pusat memori. Perkara lampau yang berlaku akan terpahat kukuh di memori. Untuk lelaki jangan cari pasal dengan perempuan. Akan diingat hingga mati.

Bahagian kiri dan kanan otak lelaki dan perempuan juga tidak sama. Verbal pada perempuan terletak di kedua-dua bahagian kiri dan kanan otak. Untuk lelaki hanya berpusat di bahagian kiri.

Faktor verbal ini perempuan lebih banyak menggunakan perkataan. Bila bercerita, ceritanya panjang dan deskripsinya pelbagai. Lelaki pula kurang perkataan. Bukan bermaksud tidak peduli.

Apabila lelaki menganalisa memori berkaitan emosi, prosesnya ringkas dan cepat. Fokusnya akan beralih kepada perkara lain dan tidak melibatkan emosi. Akibatnya akan dituduh cepat sangat memberi solusi.

Otak perempuan lebih banyak menerima pengaliran darah berbanding lelaki. Konsentrasi darah juga tinggi di bahagian Cingulate Gyrus. Bahagian ini umpama gear kepada kereta. Bila memandu gear perlu ditukar sesuai dengan kelajuan. Andai gear tidak bertukar rosak kereta.

Perempuan dikatakan emosional kerana bahagian Cingulate Gyrus ini aktif. Ia aktif sebab keperluan untuk membesarkan anak. Itu fitrah.

Ada 100 perbezaan antara otak lelaki dan perempuan. Perlu tahu untuk kelangsungan dan keharmonian hidup. Berapa perbedaan yang kita tahu?

Otak lelaki dan perempuan ada perbezaan. Kedua-duanya adalah fitrah. Lambang dua spesis ini saling lengkap melengkapi.



Otak perempuan pula bersifat multitracking. Dapat berfikir pada banyak perkara pada satu-satu masa. Otak multitracking membolehkan perempuan melakukan pelbagai perkara dalam masa yang sama. Contohnya, menyuap makanan pada anak dan dalam masa yang sama menjawab telefon dan mengacau makanan di dalam kuali.

Otak lelaki lebih dikenali dengan otak monotracking. Dapat fokus pada satu perkara pada satu-satu masa. Dengan otak monotracking, lelaki hanya menumpukan pada apa yang dia sedang lakukan. Apabila ingin bercakap dengan lelaki, pastikan dia memandang mata kita apabila melakukan interaksi.

Tiada tumpuan andai dia tidak bertentang mata dengan kita. Sebabnya, andai ketika itu dia sedang sibuk membuat sesuatu, dan tidak melihat kepada kita, apa-apa sahaja yang kita cakapkan tidak akan masuk ke dalam otakya.

Oleh itu bila bercakap dengan lelaki, pastikan secara berdepan. Mata bertentang.

Bagi perempuan pula, dengan otak multitracking, dia seolah-seolah membuka pelbagai fail dalam satu masa. Dia akan cuba melihat kesemua fail tersebut pada masa yang sama.

Lelaki pula seolah-olah hanya membuka satu fail sahaja. Apabila lelaki telah tutup satu fail, fail itu tidak dibuka lagi. Perbincangan tentang hal dari fail itu sudah habis.

Untuk perempuan pula, fail itu masih terbuka dan tidak ditutup. Pada bila-bila masa dia akan menyebut semula isu dari fail tersebut. Lelaki dianggap tidak memberi perhatian andai perkara itu disebut lagi.

Ilmu perbedaan otak lelaki dan perempuan sangat penting. Andai tahu, hidup lebih harmoni. Andai diketepikan, pasti berlaku keberantakan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen