Cari Jodoh Menggunakan Aplikasi Online, Pastikan Anda Lakukan Langkah Ini Agar Hubungan Menjadi!

Oleh: Zuzu Yasmine

Bercinta secara online bukanlah satu perkara yang asing lagi. Malah ia juga sudah mula diterima ramai oleh pelbagai lapisan. Dengan menggunakan kaedah ini, anda tidak perlu berjumpa seseorang secara bersemuka malah tidak perlu menunggu seseorang mendekati anda.

Melalui kaedah ini, anda boleh memulakan sesuatu tanpa perlu bina keyakinan yang tinggi. Bahkan terdapat pelbagai pilihan yang mungkin menjadi jodoh yang sesuai buat anda.



Namun begitu, walaupun perkara ini nampak mudah dan ringkas, jangan tersalah ambil langkah. Anda perlu memastikan bahawa anda berada di jalan yang selamat dan hubungan yang dimahukan itu terjadi dengan teratur.
Peraturan apabila bercinta secara online.

1. Jujur dan jangan buat-buat.

Apabila anda membina profile dalam aplikasi mencari jodoh ini, anda perlu memaparkan satu maklumat yang betul. Jangan sesekali menggunakan gambar orang lain hanya kerana tidak yakin akan diri anda. selain itu janga palsukan maklumat seperti umur, pekerjaan, serta ciri pasangan yang anda mahukan. Itu pun jika anda mahukan hubungan anda berhasil dengan cermelang.

2. Jangan terlalu dedahkan diri dengan data peribadi.

Walaupun perlu berlaku jujur dalam aplikasi ini, itu tidak bermakna anda perlu mendedahkan segala maklumat peribadi. Perkongsian maklumat peribadi yang terlalu banyak mungkin akan membuatkan keselamatan anda tidak selamat. ebagai contoh, di mana anda bekerja atau di mana anda tinggal. Sebaliknya, tulis maklumat penting yang menggambarkan diri anda dengan ringkas tetapi bermakna. Di samping itu, maklumat paparan yang akan membuat orang lain penasaran dan berminat untuk mengenali.



3. Gunakan profile yang menarik.

Untuk pastikan anda mendapat perhatian dari seseorang dalam aplikasi online itu, maka gambar profile anda adalah perkara yang memainkan peranan penting. Ini kerana, perkara pertama yang orang akan lakukan adalah menilai gambar yang ada pada profile anda. Letakkan foto yang memaparkan senyuman untuk menunjukkan bahawa anda adalah orang yang ramah. Anda juga boleh menukar gambar profil kerap dengan foto terbaik yang anda miliki.

4. Jadi diri anda sendiri.

Apabila anda dalam tempoh mengenali seseorang, cuba untuk tidak menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan biarkan si dia selesa dengan diri anda. Jangan cuba untuk menjadi seseorang yang lain hanya kerana mahu menarik perhatian darinya. Namun begitu, pastikan anda tidak begitu mendedahkan mengenai keluarga anda. Adalah lebih baik jika kalian mengenali antara satu sama lain tanpa melibatkan keluarga terlebih dahulu. Pastikan dia selesa dengan diri anda dahulu jika ingin berbual mengenai topik kekeluargaan.

5. Jangan letak terlalu tinggi harapan.

Ketika bercinta dalam aplikasi seperti ini, jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi. Ini kerana, hubungan anda masih belum dibawa keluar dari ruangan tersebut. Adalah lebih baik jika anda menganggap dirinya sebagai kenalan terlebih dahulu bukannya seseorang yang anda telah serahkan hati.

Mana tidaknya takut-takut nanti apabila bertemu dia hanya menganggap anda sebagai kenalan bukannya calon pasangan dirinya. Orang kata kalau kena reject tidaklah sakit sangat apabila tidak harapan yang menggunung.



6. Tetapkan tarikh bertemu.

Apabila anda ingin bertemua dengannya di luar, pastikan anda memilih hari dan tarikh yang betul. Pastikan kalian sudah betul-betul selesa anda satu sama lain, barulah nanti apabila keluar bersama tidaklah kalian hanya mendiamkan diri kerana rasa malu dan juga segan.

Anda juga harus memilih tempat awam untuk bertemu dengannya. Ini dilakukan untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini. Jangan lupa memberitahu orang yang paling dekat dengan anda apabila anda bertemu dengannya supaya anda sentiasa dipantau untuk kekal selamat.

Ramai orang yang telah menemui pasangan melalui aplikasi seperti ini. Pastikan anda sentiasa tahu cara yang betul agar ia tidak membuat anda kecewa kemudian hari.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen