Formula Utama Dalam Menguruskan Kewangan Adalah ‘Cegah Sebelum Parah’. Ikuti Perkongsian Ini.

Semua orang boleh mengurus dan merancang kewangan, tetapi tidak semua berjaya mengikut apa yang telah dirancang. Ada yang hangus semua simpanan hanya kerana nafsu, ada juga yang berjaya mencapai matlamat.

Sebenarnya formula utama dalam menguruskan kewangan adalah ‘Cegah Sebelum Parah’ seperti apa yang telah dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini….

********

Image result for uruskan kewangan

Cegah Sebelum Parah.

Pengurusan kewangan amatlah mudah jika kau mengamalkan sikap mencegah sebelum terlambat. Kebiasaan yang selalu terjadi ialah memberi hutang dan berhutang pada perkara yang tidak perlu.

Contohnya,

"Sayang, jom buat pembiayaan peribadi sama-sama untuk buat belanja kahwin."

"Kau sahabat baik dunia akhirat aku. Boleh pinjam RM3000 tak. Aku nak buat modal bisnes."

"Kak, gaji saya tak cukup kalau nak beli kereta, boleh jadi penjamin saya?"

"Bang, sofa kita dah buruk. TV pun dah tak clear. Boleh kita beli baru? Bayar ansuran dekat Courtzzs pun boleh."

***

Jadi, sebelum membuat sebarang keputusan. Kau haruslah fikir masak-masak terlebih dahulu....

Image result for uruskan kewangan

1. Kau saja yang tahu setakat mana kemampuan kewangan kau.

Kalau tidak mampu, katakan tidak. Cuba berani katakan tidak jika ia melibatkan kewangan kau.

2. Kalau tak mampu buat cara tak mampu.

Jangan nak mengada berhutang sana sini, nak beli benda yang hanya kehendak kau tu.

Nak kahwin misalnya. Katakan tidak pada pembiayaan peribadi. Berhutang sampai RM40K. Lepastu habis dalam masa seminggu je. Tidak ke rugi. Bagitau pasangan kau, buat majlis kahwin setakat yang mampu je.

3. Kalau ada kawan datang pinjam duit, kau tengok juga la kawan yang macam mana.

Kalau rasa tak percaya, katakan tidak. Bagi la alasan yang munasabah.

4. Jika kau diminta untuk menjadi penjamin, katakan TIDAK!

Bukan apa, risikonya kau yang kena tanggung. Nama kau yang buruk nanti kalau terjadi apa-apa.

5. Kalau isteri kau minta beli perabot baru secara berhutang, cepat-cepat katakan TIDAK!

Bagitau dia kenapa. Kumpul duit dulu, lepastu beli la secara tunai. Tak pening kepala fikir nak bayar hutang. Yang akan menanggung beban nanti kau. Bukan orang lain. Jangan sampai sebab kau kesiankan orang tu, kau yang merana nanti.

6. Mencegahlah sebelum parah.

Jauhilah sebelum tenat. Elakkan selagi boleh. Jika libatkan duit ni, baik kau fikir masak-masak. Jangan tersalah langkah barulah kau nak menyesal.

***

Apa yang aku bagitau adalah antara contoh yang sering berlaku dalam kehidupan seharian. Banyak lagi sebenarnya. Kau kena berani katakan tidak untuk perkara-perkara yang tidak patut mengenai urusan pengurusan kewangan.

Elakkan sebelum berlaku. Kau mampu mengubahnya. Kah!

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen