Beberapa Jenis Lelaki Yang Anda Akan Jumpa Di Luar Sana.

Oleh: Rafi

Kata orang tanpa kewujudan lelaki maka wanita pun tidak akan wujud lebih-lebih lagi kerana wanita itu dijadikan dari rusuk kiri seorang lelaki. Namun lelaki ini dalam sedar tidak sedar memiliki pelbagai perangai baik positif mahupun yang negatif. Lelaki sepatutnya menjadi pemimpin sesebuah keluarga namun kadangkala perangai mereka pula yang langsung tidak mencerminkan ciri kepimpinan itu. Itu yang buat ibu-bapa berat mahu melepaskan anak perempuan mereka ke tangan lelaki-lelaki tersebut. Jom kita semak beberapa jenis lelaki di luar sana yang wujud ketika ini samada boleh memberikan impak positif mahupun negatif kepada anda.



1. Tall, dark and handsome.

Kebanyakan wanita menggemari lelaki dari jenis ini kerana mereka dikatakan memiliki aura yang cukup bermisteri apabila berada di kalangan wanita. Mereka juga diklasifikasikan sebagai pandai bergaya dan memiliki aura kejantanan yang seksi. Malah mereka juga dikatakan seorang pencinta yang hebat.

2. Spornoseksual.

Lelaki dari kalangan ini ada juga kurangnya kerana mereka terlalu obses dengan bentuk tubuh yang dimiliki oleh mereka. Kebanyakan mereka dari kategori ini adalah mereka yang gemar bersenam di gimnasium dan sering mengambil gambar mereka tanpa baju untuk ditayangkan kepada khalayak ramai.



3. Bad boy.

Ramai wanita suka dengan lelaki jenis ini sebab katanya mereka ini memiliki simbol keseksian yang cukup terserlah jika dibandingkan dengan lelaki biasa. Lelaki jenis ini biasanya tambil dengan persalinan sepenuhnya dari jaket kulit dan seluar jeans lusuh beserta motorsikal berkuasa tinggi. Mungkin wanita sukakan cabaran melalui lelaki jenis ini.

4. Nerd.

Lelaki seperti ini boleh digelar sebagai ulat buku kerana mereka ini tidak boleh dipisahkan dengan buku mereka. Malahan mereka juga jarang bersosial sekiranyanya parti tersebut tiada kena-mengena dengan perkara yang bersifatkan ilmuwan. Mereka juga jarang memiliki teman wanita kerana lebih mementingkan ilmu pengetahuan.

5. The perfect one.

Lelaki dari kategori terakhir ini seringkali dianggap sebagai lelaki yang ideal untuk dijadikan menantu kerana mereka memiliki semua ciri yang diingini oleh wanita ketika ini. Malah kebanyakan dari mereka memiliki pangkat yang tinggi ataupun berharta ataupun memiliki status yang hebat di kalangan mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen