Kadang Kala Ibu Ayah Tetapkan Wang Hantaran Tinggi Bukan Apa, Nak Suruh Anak Mereka Beli Perkakas Rumah Lepas Berkahwin Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila bercakap mengenai hantaran ini sudah tentulah ia bagaikan satu topik perbualan yang hangat sehingga tiada penghujungnya. Baik lelaki atau perempuan kedua-duanya mahu menang berdasarkan pendapat masing-masing akan tetapi akhirnya mereka ini juga akan saling memerlukan.

Ada yang kata hantaran itu perlu diberi berdasarkan tahap pendidikan mereka, bahkan ada juga yang kata bahawa wang hantaran itu perlu diberi seikhlas hati orang lelaki. Semuanya bergantung pada individu tersebut akan tetapi masa kini pemintaan wang hantaran yang terlalu tinggi menyebabkan ia satu beban buat si lelaki yang mahu segera menghalalkan si gadis.



Kadang kala bakal suami terpaksa membuat pinjaman perbadi dari pihak bank untuk menampung majlis perkahwinan serta wang hantaran yang memakan belanja yang besar.

Sedikit pandangan dan ulasan daripada Ustaz Kazim Elias berkenaan trend wang hantaran yang tinggi melambung sehingga membebankan orang lelaki.



Alangkah mudahnya jika segala-galanya berlandaskan kepada syarak termasuklah dalam bab hantaran perkahwinan dan di sini terdapat beberapa penjelasan berkaitan;

Jelas Ustaz Kazim Elias, perkara yang paling yang wajib ialah mas kahwin dan itulah yang paling utama dan bukannya wang hantaran.



“Ibu ayah kena bersyukurlah anak perempuan kita sudi disunting untuk dijadikan isteri maka hargailah keinginan itu dengan tidak menyusahkan pihak lelaki.”

Katanya, jika wang hantaran itu tidak membebankan si lelaki kerana dia seorang yang kaya dan berkemampuan maka ia tidak menjadi masalah kerana wang hantaran ini adalah sebagai hadiah kepada bakal isterinya.

Kadang-kadang wang hantaran tinggi kerana alasan kos kenduri adalah tinggi maka persoalannya adakah pihak lelaki yang perlu menanggung kos kenduri bagi pihak perempuan? Kalau hendak buat kenduri besar-besaran cubalah tetapi jangan membebankan pihak lelaki.

Beliau turut memberi pendapat bahawa jika pihak lelaki bersetuju dengan kadar wang hantaran yang dipinta tetapi kurang berkemampuan untuk mengadakan kenduri maka memadailah adakan kenduri dengan menumpang di sebelah perempuan sahaja. Sebelah lelaki tidak perlu diadakan kenduri.



Ada juga sesetengah ibu bapa menetapkan wang hantaran dalam jumlah tertentu dan wang itu kemudian dikembalikan kepada anak perempuan mereka untuk membeli perkakas rumah tangga.

Tambahnya, kurangkanlah perkara-perkara yang tidak perlu dalam belanja perkahwinan maka insya-Allah rendahlah belanjanya. Kendurilah mengikut kemampuan bukan mengikut kemampuan orang lain.

Jadi perkahwinan itu sebenarnya mudah sahaja, akan tetapi diri kita sendiri yang menyukarkan perkara itu berlangsung. Yang penting bukan majlis sehari tetapi kehidupan selepas berkahwin.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen