Pada Gadis Di Luar Sana, Jangan Kerana Cinta, Anda Menjadi Buta…

Sudah menjadi lumrah, kaum wanita adalah golongan lemah lembut dan mudah tersentuh hatinya. Apabila dah sayang pada seseorang, seluruh jiwa raga akan diberikan pada insan tersebut. Tak kira siang dan malam, pasti ingin meluangkan bersama dengan insan yang tersayang.

Akan tetapi, hanya kerana cinta, ia mampu membutakan mata kaum wanita, bahkan butakan hati juga.

Disebabkan mudah terpengaruh dengan emosi sendiri, kaum wanita sukar untuk mengawal emosinya. Malah, sering bertindak tanpa berfikir.

Jadi, Pada Gadis-Gadis, Mahupun Semua Golongan Wanita, Janganlah Kerana Cinta, Anda Menjadi Buta, Sila Jaga Diri Anda Sendiri…

1. Sila jaga maruah anda.

Wahai gadis,

Jagalah maruah anda ketika sedang hangat bercinta, jagalah martabat anda sebagai seorang wanita. Jangan jatuhkan maruah anda semata-mata pada lelaki yang entah tahu atau tidak dapat menjaga anda kelak. Jangan menggadaikan tubuh pada lelaki sebelum ikatan sah, hanya kerana cinta semata-mata.

Jangan menghantar gambar mahupun video call dengan tidak menutup aurat. Jagalah maruah anda, sebagaimana kedua ibu bapa anda bersungguh-sungguh menjaga anda sehingga dewasa.

Diri anda adalah amanah anda sendiri daripada Allah SWT untuk dijaga.

2. Jangan terlalu obsess pada si dia.

Wahai gadis,

Apabila sayang pada seseorang, sudah pasti secara tidak langsung akan terlalu obsess atau clingy dengan pasangan. Sehingga tidak kisah bersentuhan dan berpelukan. Waspadalah dengan segala tingkah laku anda.

Jangan terlalu bergantung harap pada si dia, nanti takut kecewa.

Jangan terlalu cinta pada si dia, nanti hati terluka.

Jangan terlalu sayang pada si dia, nanti diri terleka.

Padahal hanya Allah SWT yang perlu kita bergantung harap.

3. Jangan nampak terlalu terhegeh-hegeh.

Wahai gadis,

Janganlah terlalu terhegeh-hegeh sekiranya si dia tidak punya perasaan yang sama terhadap anda.…

Jangan terlalu suka hubungi si dia tidak kira waktu untuk meminta perhatian daripadanya….

Jangan terlalu terkejar-kejar pada jodoh yang tidak pasti…

4. Luahkan perasaan dengan cara yang betul.

Wahai gadis,

Sekiranya benar anda sayang dan cinta pada dirinya, luahkan perasaan dengan cara yang betul.

Jangan kelirukan dia…

Jangan beri harapan pada dia…

Jangan permainkan perasaan dia…

Jika suka, katakan suka..

Jika benci, katakan benci…

Jika tidak lagi sayang, katakan tidak lagi sayang…

Jangan hanya kerana anda pernah dikecewakan, jadi mahu membalas dendam pada lelaki yang lain.

Tidak semua lelaki itu ‘sampah’…

Dan tidak semua lelaki itu ‘sama’…

5. Stop permainkan perasaan lelaki dengan mengatakan rupa dan harta tidak penting, tetapi…

Wahai gadis,

Berhentilah berkata-kata untuk menipu diri sendiri…

Berhentilah menjadi gadis yang suka mempermainkan hati lelaki…

Sukakan lelaki yang biasa-biasa…

Tetapi akhirnya kejar yang banyak harta…

Tetapi akhirnya pilih lelaki yang memiliki rupa…

Jika benar sayang dan cinta…

Cubalah untuk setia…

Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen