Hati-Hati, 6 Jenis Lelaki Ini Mungkin Akan Menyakiti Hati Anda Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Menghabiskan masa untuk seseorang yang tidak tepat hanya akan merugikan anda sahaja. Jadi apabila melakukan pencarian, sudah tentu anda ingin bertemu dengan seseorang yang sama dengan tujuan yang ada pada diri anda.

Orang lelaki ini susah kita nak duga, hari ini mungkin dia cakap suka tapi esok lusa belum tentu dia suka anda lagi. Jadi anda merasakan anda begitu serius untuk mendirikan rumahtangga maka jangan pilih mereka-mereka yang hanya memberi harapan sahaja tetapi tidak serius untuk berjuang bersama.

Lelaki ini ada pelbagai jenis, kalau kita jumpa yang betul-betul sayang dan setia dengan kita, memang bahagia jawapnya tetapi kalau jumpa yang suka main tarik tali ini memang sakitlah yang kita dapat.



Jadi macam mana kita nak elakkan diri daripada lelaki-lelaki yang hanya akan menyakiti hati kita sahaja?

Lelaki yang memiliki ciri-ciri ini hanya akan melukakan anda sahaja.

1. Lelaki yang baru memiliki kerjaya.

Dia baru berjinak-jinak dengan kerjayanya, mungkin anda yang akan berdepan dengan kekeliruan serta kesibukan yang dia dapati dalam kerjayanya. Sudah tentu dia akan lebih memfokuskan kerjayanya berbanding dengan anda. Di sini, anda hanya akan menjadi pilihan kedua dirinya sahaja. Sudah tentu ia akan menyakiti anda bukan kerana anda begitu inginkan perhatian.

2. Lelaki yang berkawan dengan bekas kekasihnya.

Si dia masih lagi saling berbalas pesanan dengan bekas kekasihnya. Malah mereka juga sering menghabiskan masa bersama. Haaa, jangan terkejut dia hanya menganggap anda sebagai simpanan di kala dirinya bosan sahaja, malah hati dan perasaannya masih ada buat kekasihnya itu. Bua tapa anda menunggu lelaki seperti ini, lebih baik anda pergi sahaja dari sisinya.



3. Lelaki yang malas.

Orang lelaki yang serius dengan anda sudah tentu akan cuba untuk menghalalkan anda malah dia berkerja keras untuk itu. Tetapi jika dirinya tidak mempunyai kerja dan tidak mahu mencari kerja, dia bukan sahaja tidak serius dengan anda malah hanya akan mempergunakan anda yang miliki wang sahaja. Lebih baik anda mencari orang yang mahu berkerja walaupun sekadar kerja biasa-biasa. Jangan buang masa dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang jauh berbatu dari anda.

Ramai percaya bahawa hubungan jarak jauh ini sememang agak sukar untuk berhasil. Walaupun anda yang setia atau dia yang setia tetapi hubungan sebegini pasti akan membuat anda sakit hati sahaja. Jika anda merasakan hubungan itu tiada masa depan atau apa pun, adalah lebih baik jika anda tidak terus menunggu si dia. Ini kerana, kalian hanya akan saling menyakiti hati masing-masing.

5. Lelaki dengan cincin di jari.

Tak pelik ke jika seorang lelaki mengenakan cincin di jari sedangan anda tidak pernah memberinya cincin. Jika anda lihat lelaki yang sudah miliki cincin di jari, boleh jadi dia ini kekasih, tuning atau suami orang yang sedang cuba berlaku curang. Haa, kenyataannya adalah lelaki ini sebenarnya bukan lelaki yang sesuai buat anda.



6. Lelaki dengan sikap dan mulutnya tidak elok.

Lelaki yang tidak tahu menghormati anda sekaligus suka menggunakan kata-kata kesat itu hanya akan menyakiti hati anda sahaja. Mana tidaknya, dia hanya tahu menjaga hati dan perasaan dirinya sahaja, tetapi perasaan anda dibiarkan sahaja tanpa dipedulikkan. Dari terus akan makan hati lebih baik anda angkat kaki.

Ini adalah antara lelaki-lelaki yang hanya akan menyakiti anda sahaja. Jika anda terus menerus menunggu dan mengejar lelaki seperti ini, ia tidak akan memberi ada kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen