Apakah Dosa Memberikan Kesan Pada Wajah Kita? Baca Penjelasan Ini!

Pernah atau tidak kita mendengar…

‘Kalau dosa kita ni ada bau, pasti kita tak berani nak keluar rumah, apatah lagi mendekati dengan orang sekeliling sebab bau busuk kuat sangat..’

Sama juga sekiranya dosa tersebut boleh dikesan melalui wajah kita, pasti orang takut untuk dekat. Kalau benar dosa kita boleh dilihat daripada wajah, baleh dibau melalui badan, apakah yang kita akan rasa?

Dosa Boleh Dirasai Oleh Orang-Orang Yang Beriman.

Saidina Abu Darda pernah menyampaikan satu nasihat yang sangat menyentuh jiwa. Kata beliau, dosa yang dilakukan oleh manusia boleh dirasai oleh hati orang-orang yang beriman sehingga mereka tidak gemar melihat wajah pendosa.

Image may contain: text

Kata Abu Darda’:

“Takutlah kamu dari dilaknat oleh jiwa-jiwa orang yang beriman dalam keadaan kamu tidak sedari. Mereka yang melakukan maksiat dalam keadaan bersembunyi ini, Allah akan mencampakkan rasa benci jiwa yang beriman terhadapnya.”

Dosa Kita Mampu Memberi Kesan Pada Jiwa Mukmin.

Saidina Abu Darda seolah ingin menyedarkan kita bahawa dosa yang kita lakukan akan memberikan kesan kepada jiwa mukmin, sehingga mereka berasa tidak selesa, atau marah dengan kita.

Dengan sebab itu Ibn Rajab menukilkan kata-kata salafusoleh yang menyatakan bahawa dosa dan maksiat yang kita lakukan boleh memberikan bekas kepada wajah kita.

Ia direkodkan oleh Ibn Rajab yang menyebutkan:

“Sesungguhnya seorang hamba itu, ketikamana dia melakukan maksiat seorang diri (yang hanya Allah mengetahuinya) lalu dia datang kepada sahabat-sahabatnya, maka mereka (sahabat tersebut) boleh melihat kesan maksiat tersebut pada dirinya.”

Dosa Kita Membuat Manusia Takut Untuk Dekat.

Malah Rasulullah pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah bahawa ada manusia yang ditinggalkan kerana manusia takut dengan kejahatannya.

Sabda Baginda:

“Wahai Aisyah, sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang ditinggalkan oleh manusia kerana kejahatan yang mereka lakukan (samada kata-kata atau perbuatan mereka).”

Ada dikalangan kita yang manusia merasa bahagia dengan kehadiran mereka. Ada pula dikalangan kita yang dibenci keberadaan mereka kerana kejahatan yang mereka lakukan. Tidak kira samada kejahatan terhadap manusia atau terhadap Islam itu sendiri.

Semoga Allah memelihara dan menjauhkan kita dari dosa. Semoga Allah menjadikan kita hamba yang soleh disisi-Nya.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen