Anda Akan Berjumpa Dengan Pasangan Idaman Melalui 5 Cara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila dah bersedia untuk membina satu hubungan yang serius sudah tentu anda akan mula mencari calon-calon yang bersesuaian dengan diri anda. Bukan itu sahaja, anda juga sudah tentu sudah melakukan persiapan untuk diri sendiri juga.

Untuk menemukan seseorang yang serius dan sesuai dengan diri anda sudah tentulah memerlukan usaha yang serius malah bersungguh-sungguh. Kadang kala jodoh sudah makin hampir tapi hati pula rasa macam tidak serius maka jodoh akan mula menjauh semula.



Masalah sebegini sememangnya berlaku kepada sesiapa sahaja yang mencari jodoh, rasa macam kejap nak kahwin kejap macam tak nak. Hati sendiri sudah tidak tetap. Tetapi kalau anda mencari jodoh mengikut bersesuaian dengan anda, 5 perkara ini akan membantu anda segera dapat jodoh.

1. Berjumpa dengan ramai orang, luaskan rakan-rakan anda.

Nak cari pasangan terbaik dan sesuai dengan anda jangan hanya tunggu tanpa lakukan apa-apa. Adalah lebih baik sekiranya anda cuba untuk berjumpa dengan ramai orang malah kembangkan lagi pergaulan anda tapi bukan pergaulan bebas ya. Dengan berjumpa ramai orang, peluang untuk anda mencari pasangan yang sesuai sebenarnya lebih terbuka.



2. Jelas dengan apa yang anda inginkan.

Untuk memastikan anda jumpa dengan pasangan yang anda mahukan, pastikan anda tahu apa yang diri anda inginkan. Anda perlu tahu dengan jelas impan serta pasangan yang bagaimana anda mahukan. Anda perlu tahu bagaimana untuk membina sebuah hubungan yang berkekalan malah bagaimana pasangan yang sesuai dengan jiwa anda.

3. Jangan berfikiran sempit.

Tidak perlu takut untuk mencuba bertemu dengan orang. Pasangan yang sesuai dengan anda mungkin dijumpai di tempay yang tidak pernah anda fikirkan sebelum ini. Jadi anda perlu lebih terbuka dengan mengambil pengalaman yang baru sebagai satu perkara dalam mencari jodoh. Tapi jangan lupa untuk membuka hati anda mengalu-alukan pasangan yang baru.

4. Tingkatkan kepercayaan anda.

Sekiranya anda berdepan dengan kurang keyakinan diri serta merasakan sukar untuk mencari pasangan yang sesuai dengan anda, jangan mengalah terlebih dahulu. Baik lelaki atau perempuan keduanya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Kita tidak perlu kelihatan seperti artis atau mereka yang terkenal untuk miliki keyakinan diri yang bagus tetapi cukup sekadar anda jadi diri sendiri dan selesa dengan siapa diri anda. Sudah tentu ini akan membuat orang sekeliling merasa bahagia.



5. Berani untuk memulakan sesuatu.

Jangan takut untuk memulakan sesuatu perkara dengan merasakan bahawa anda ini tidak sesuai atau kerdil bersama orang itu. Apa kata anda cuba untuk mendekatinya dahulu barulah anda tahu dirinya mahu menerima anda atau tidak. Tidak kira lelaki atau perempuan jangan takut untuk memulakan dahulu. Keberanian anda itu merupakan satu usaha untuk memilikinya.

Semoga tips ini membantu anda untuk berjumpa dengan jodoh yang sesuai.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen