Nanti Dah Kahwin, Suami Isteri Kena Selalu Dating Kerana 5 Sebab Ini.

Ramai para suami isteri menyangkakan bahawa aktiviti keluar berdua iaitu ‘Dating’ hanya boleh dilakukan ketika bercinta sahaja, bukannya selepas berkahwin. Padahal, selepas berkahwin perlu melakukan banyak aktiviti bersama bukan hanya disebabkan hubungan yang sudah halal semata, akan tetapi untuk mengeratkan lagi hubungan hingga selamanya.

Jadi, Bagi Mereka Yang Mahu Ke Jinjang Pelamin, Dan Sedang Berumah Tangga, Anda Perlu Mengamalkan ‘Dating’ Ini Selalu Kerana…

1. Untuk sentiasa meluahkan perasaan.

Kebiasaannya para suami isteri sukar untuk meluahkan perasaan antara satu sama lain kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Sekiranya ingin diluahkan usai sahaja pulang dari perjabat, pasti diri akan berasa penat dan mahu berseorangan iaitu ‘Me-Time’. Jika salah waktu dan masa untuk meluahkan perasaan, pasti diri tidak akan selesa dan mahu melepaskan kemarahan.

Sebab itu, pasangan suami isteri perlu ada masa untuk berdua, dimana perasaan kedua-duanya tenang dan boleh berbawa bincang apa jua isu.

2. Untuk mengetahui emosi pasangan.

Apabila adanya masa untuk dating, sedikit sebanyak pasangan suami isteri akan mengetahui emosi masing-masing. Situasi ini pasti akan menimbulkan sedikit perasaan mengambil berat dimana ia memang keperluan suami isteri.

Masakan, isteri sedang bersedih, suami hanya membuat tidak tahu sahaja?

Ataupun, ketika suami mendiamkan diri kerana dilanda masalah, isteri masih lagi boleh membeli belah dengan rakan pejabat?

3. Untuk mengelakkan kemurungan.

Pentingnya untuk meluangkan masa berdua dan keluar dating adalah untuk mengelak pasangan daripada dilanda kemurungan. Apa yang terjadi pada masa kini adalah, majoriti isteri berasa tertekan dengan gaya hidupnya sendiri.

Sudahlah untuk menguruskan kerja di pejabat, uruskan anak-anak, kemudian untuk bersabar dengan kerenah suami yang tidak mahu mendengar luahan hatinya, tidak hairan akan mudah berasa tertekan dan kemurungan.

Jadi, suami isteri perlu sedar akan hal ini.

4. Untuk memenuhi keperluan pasangan.

Apakah yang menjadi keperluan anda ketika bergelar suami isteri?

  • Untuk rasa dihargai.
  • Untuk rasa dihormati.
  • Untuk rasa dilindungi.
  • Untuk rasa disayangi dan dicintai.

Dan sebagainya…

Jadi, dengan adanya masa untuk diluangkan bersama, secara tidak langsung semua keperluan ini akan dipenuhi. Jika sudah dipenuhi, sudah pasti jiwa tidak berasa kekosongan yang menjurus kea rah kemurungan.

5. Untuk dijadikan sebagai kenangan.

Dan yang paling penting apabila anda dengan pasangan dapat meluangkan masa berdua adalah dapat mencipta kenangan dan memori. Kenangan yang tercipta pasti akan melakar memori indah, dimana sukar untuk kalian berdua dapati.

Oleh Yang Sedemikian, Dating Adalah Aktiviti Yang Amat Digalakkan Bagi Suami Isteri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen