"Jangan Down Kalau Tak Ada Medical Card, Penapis Air, Kereta Baru Dan Rumah Sendiri" Hidup Ikut Gaya Sendiri, Pasti Ada Kebahagiaan Sedang Menanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak semua orang mampu memiliki apa yang kita miliki, bahkan kita juga belum tentu mampu memiliki apa yang orang lain miliki. Kadang kala kita tidak tahu kekurangan dan kesederhanaan yang dimiliki seseorang itu adalah satu kebahagiaan buat mereka yang kita sendiri belum tentu miliki.

Mungkin kita mampu membeli apa sahaja yang kita mahukan akan tetapi kita belum tentu mampu membeli kebahagiaan diri sendiri. Jangan perlekehkan kekurangan seseorang kerana kita tidak tahu apa kelebihan mereka.


Adalah lebih baik kita mensyukuri segala nikmat yang telah diberikan kepada kita berbanding memandang rendah kepada orang lain. Seperri perkongsian daripada Ct Syeera ini sememangnya benar, jangan kecewa bila kita tidak mampu memiliki sesuatu kerana Allah adalah perancang yang terbaik.

Medical card, air bertapis, kereta baru, rumah sendiri dan lain-lain.

Pada yang tak mampu nak bayar bulanan untuk benda-benda kat atas tu, ampa jangan down.

Sis paham bila ada dikalangan orang terdekat yang persoalkan benda tu awat ampa tak ada semua tu.

Ayat paling selalu sis dengaq pasai medical card la. Penah terkena batang idung sis. "Awat tak ambil. Ambil yang bulanan paling murah pun takpa janji ada. Anak demam senang bole p private. Tak payah tunggu hospital gomen. Lambat. Pastu banyak kore". Simple tapi makan dalam. Sebab apa sis kata lagu tu? Ampa taktau kewangan dia macamna. Ampa taktau dia struggle macamana nak teruskan hidup dia tapi ampa persoalkan benda macamtu yang dia rasa kalau dia ambil akan menyusahkan hidup dia sedangkan untuk ampa benda ni baguih.



Sama macam kes beli rumah. Ayat paling biasa dengaq "awat tak beli rumah, dari menyewa bayar bulan-bulan, atleast nanti jadi rumah ag sendiri dah". Kalau la dia mmpu sediakan deposit beli rumah. Kalau la bank boleh bagi loan dekat dia tanpa tengok gaji dia. Sis jamin, semua orang takkan menyewa lagi dah.

Pada ampa semua. Tolong jaga setiap perkataan yg keluar dr mulut ampa semua sebab kadang-kadang benda tu bole mengguris perasaan orang-orang ini. Tu yang jadi punca depa jauhkan diri atau erti kata lain depa akan lari bila ampa nak jumpa or jadi silent reader dalam wasap grup.




Ampa mungkin taktau. Walaupun dia tak mmpu ada medical card tapi dalam setiap doa selepas solat dia akan mintak Allah kurniakan kesihatan yang baik pada keluarga dia. Sebab tu anak dia tak sakit dan tak perlu masuk hospital 5 bintang. Walaupun dia tak mampu minum air bertapis tapi anak dia masih boleh minum air yang bersih. Walaupun dia tak mmpu naik kereta baru tapi dia masih bole p merata dengan kereta sedia ada. Walaupun dia menyewa dia tapi dia masih tak basah bila hujan turun. Hanya Allah sebaik-baik perancang. Siapa kita yang nak persoal semua tu? Hanya hambanya yang sentiasa menagih pertolongan dari yang Esa.

Daripada ampa cakap benda yang mengguris hati dia baik ampa tolong dia. P melawat selalu, tanya khabar, bantu dari segi wang atau tenaga sekiranya nampak depa ada masalah. Sebab kadang-kadang kita tak perasan. Depa sorokkan kesusahan depa sebab depa masih nak menjaga air muka bila berdepan dengan orang jenis ni.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen