6 Tanda Si Dia Sudah Mula Pura-Pura Sayang Pada Anda.

Apabila kita mulai sayang dan cinta pada seseorang, pasti kita akan tahu hati dan perasaan kita sendiri benar-benar ikhlas terhadap dirinya. Tetapi apabila adanya seseorang cuba untuk menyayangi dan mencintai diri kita, adakah benar mereka ikhlas terhadap diri ini?

Pasti hal ini sering membuat kita tertanya-tanya, sehingga suka membuat andaian yang bukan-bukan. Andaian yang negatif bukan sahaja dapat membunuh perasaan cinta, malah dapat membuatkan pasangan yang bercinta benci antara satu sama lain.

Daripada Hati Dan Perasaan Kita Menjadi Sakit Dengan Si Dia Yang Sudah Mula Pura-Pura Sayang Dengan Kita, Jom Ketahui Apakah Tanda-Tanda Kepura-Puraan Tersebut….

1. Menurut kata hanya terpaksa.

Si dia mula menurut kata-kata kita dengan keadaan yang terpaksa. Si dia tidak lagi gembira dengan segala perancangan kita, dan mula banyak berdolak-dalih. Kalau ikut kata pun, nampak sangat reaksi wajah yang tidak selesa dan tidak puas hati.

Jika anda tanya pada si dia, si dia hanya menjawab, okay tiada masalah. Memang terpaksa!

2. Memberi perhatian yang palsu.

Si dia juga mula memberi perhatian yang palsu terhadap anda. Kepalsuan ini anda sendiri dapat merasakan dengan hati sendiri, malahan orang luar yang melihat pun si dia sepeerti berpura-pura memberi kasih sayang terhadap anda.

Tak nampak macam semula jadi, nampak macam fake!

3. Hanya mencari anda ketika senang.

Yang paling mudah anda boleh nampak adalah apabila si dia mula mencari anda hanya ketika anda senang ataupun dirinya yang senang. Ketika si dia sedang berduka, tidak lagi mencari anda untuk merawat kesedihan tersebut. Pasti ada sahaja sahabat atau orang lain yang dapat menyembuhkan luka di hatinya.

Apabila happy dan tiada masalah, pasti akan datang mencari anda. Namun, ketika anda bersedih juga, dirinya hilang dari khabar dan pandangan.

4. Berkata-kata manis ketika ingin sesuatu.

Si dia pada mulanya tidak lah sentiasa berkata-kata manis sekiranya ingin sesuatu daripada anda, akan tetapi secara tiba-tiba karakternya berubah. Sudahlah mencari anda ketika anda dan dia senang sahaja, kalau nak sesuatu pun mula berkata-kata manis.

5. Sering mengungkapkan sayang, tetapi…

Apabila berpura-pura memberi kasih sayang terhadap anda, segala apa yang si dia katakan, semuanya tidak sama apa yang dia lakukan. Tidak selari.

“Cakap sayang, tapi kenapa aku rasa seperti jauh…”

Ibarat begitu.

6. Tidak kelihatan begitu risau sekiranya anda sakit.

Dan yang paling jelas anda boleh lihat adalah, si dia tidak begitu risau apabila anda dilanda apa jua kecemasan. Tidak kira kemalangan atau terlantar sakit, si dia tidak bersungguh-sungguh untuk mengetahui pasal anda. Pasti sibuk dengan kerja atau urusan lain sahaja.

Jika Si Dia Memiliki 6 Tanda Ini, Ucaplah Selamat Tinggal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen