10 Barangan Yang Boleh Membuatkan Wanita Jatuh Cinta Pada Anda.

Oleh: Rafi

Kebiasaan lelaki tidak kisah dengan penampilan diri. Mereka lebih gemar menghabiskan duit kepada minat masing-masing. Jika anda masih berada di fasa pengenalan pasti agak sukar untuk menawan hati si dia jika pakaian anda tidak begitu menarik perhatian. Ini kerana wanita lebih cenderung kepada lelaki yang memiliki barangan seperti yang akan kami kupaskan di bawah nanti. Persoalannya di sini, apakah 10 barang yang boleh buat wanita jatuh cinta pada anda?



1. Suit yang ngam-ngam dengan badan.

Perempuan mana yang tidak cair melihat lelaki yang disayangi memakai suit, pulak tu diajak kita pergi menjamu selera sebagai tanda kasih mereka pada kita. Memang wanita akan lebih tertarik pada lelaki yang memakai suit seperti ini.

2. Jam yang cantik.

Ramai di antara kita menggunakan telefon sebagai pengganti kepada jam, tapi cara yang lebih sopan untuk memberitahu masa adalah dengan menyingsingkan lengan anda melihat sendiri jam tangan. Disebabkan alasan itu, ramai lelaki disarankan memiliki jam yang elok. Alasan kedua pula perempuan gemarkan lelaki yang ambil berat terhadap perkara-perkara kecil seperti memiliki jam tangan. Jika anda memiliki jam tangan yang baik pasti anda tidak mahu mata mereka memandang ke arah lain. Jam tangan yang baik pula mestilah memiliki rekaan yang minimalis dan tidak ditelan dek zaman.



3. Minyak wangi.

Memiliki bau yang menyenangkan menjadi faktor utama wanita ingin mendekati anda. Anda jangan tidak tahu wanita memiliki deria bau yang amat sensitif. Oleh itu pilih minyak wangi yang sesuai dengan bau badan anda.

4. Warna Pink.

Pink seringkali dikaitkan dengan warna wanita sehingga jika lelaki memakai baju bewarna pink akan dipertikaikan status mereka. Tapi menurut kajian dari Perancis, Universiti Poitiers , mereka yang memakai baju bewarna pink ini lebih gembira berbanding yang tidak. Wanita turut mengagumi lelaki yang memakai baju bewarna pink kerana lambang keyakinan diri mereka.

5. Seluar boxer.

Seluar yang terbaik untuk dipakai adalah seluar boxer seperti peninju di mana anda tidak akan rasa seperti longgar. Seluar ini juga amat sesuai dipakai jika anda ingin pergi ke gym atau melakukan larian kerana seluar jenis ini tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar. Kesihatan lelaki turut memberitahu bahawa 58 % wanita sukakan lelaki yang memakai boxer ini.



6. Seluar jeans yang mengikut bentuk kaki.

Seluar jeans merupakan barangan yang tidak akan ditelan zaman. Seperti barang wajib yang harus dimiliki setiap orang. Setiap orang tidak kira saiz badan dan juga warna kulit seluar jeans memang diperlukan di dalam setiap almari dari salah seorang dari kita.

7. Rekaan kasut yang bergaya.

Mereka cakap mata adalah tingkap ke arah jiwa. Untuk itu, kasut yang elok boleh menjadi pintu kepada jiwa yang ceria. Kasut juga boleh memberitahu kepada pasangan yang anda mempunyai selera yang baik.

8. Cashmere sweaters.

Cashmere sweaters sering dipakai ketika musim sejuk, kebanyakan wanita sukakan lelaki yang memakai baju sejuk ini kerana berasa lebih panas dan selesa. Selain daripada itu juga, baju sejuk ini nampak lebih bergaya.

9. Vneck.

Vneck memang nampa stail, anda boleh gayakan tshirt putih di dalamnya. Baju ini juga akan memperlihatkan tulang pipi anda kelihatan lebih besar. Vneck juga sesuai dipakai untuk setiap musim.

10. Senyuman yang hebat dan bau mulut yang menyenangkan.

Pastikan anda senyum sentiasa kerana senyuman itu dapat memanjangkan umur anda. Bagi senyuman yang menawan pastikan anda memberus gigi sentiasa dan floss gigi anda setiap pagi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen