Dah Kahwin Nanti, Suami Perlu Tahu 3 Penyebab Utama Ini Yang Akan Menyebabkan Emosi Isteri Tidak Stabil.

Dalam perkahwinan, suami perlu tahu bahawa permainan emosi memainkan peranan yang besar berbanding dengan zaman bujang dahulu. Secara lumrahnya kaum lelaki memang jarang bermain dengan emosi kerana mahu kehidupan yang simple sahaja, namun ia amat berbeza selepas berkahwin.

Bukan sahaja golongan isteri perlu mengetahui kehidupannya berubah 360 darjah, si suami pun perlu sedar tentang perubahan ini, terutamanya dari segi emosi.

Sebab tu bila isteri beremosi dan cuba meluahkan perasaan, suami tidak boleh memperkecilkan emosi tersebut. Nanti lama-lama makan hati, badan merana. Malah, disebabkan makan hati, ada sahaja isteri yang secara tiba-tiba meminta cerai dan buat suami terkejut.

Jadi, Suami Perlu Tahu 3 Perkara Utama Ini Yang Menyebabkan Emosi Isteri Tidak Stabil…

1. Uruskan suami.

Faktor utama adalah, suami itu sendiri yang menyebabkan emosi isteri menjadi tidak stabil. Golongan wanita yang bergelar isteri ini mempunyai naluri hati yang sangat kuat. Malah, menjadi lebih penyayang apabila memiliki cahaya mata.

Situasi 1: Apabila suami sedih atau tertekan sehingga mendiamkan diri, isteri mahu menolong, tetapi si suami mahukan ruang. Situasi sebegini secara tidak langsung memberi ruang si isteri untuk fikir atau membuat andaian negatif.

Situasi 2: Bersabar dengan kerenah suami yang kadang-kala mengikut ego sendiri. Nanti takut digelar isteri derhaka, jadi terpaksa mendiamkan diri. Tapi bila mendiamkan diri, dikatanya tidak memberi solusi. Isteri menjadi buntu dan tertekan.

2. Uruskan anak-anak.

Memiliki cahaya mata adalah tanggung jawab yang besar bagi ibu dan bapa. Tidak boleh diendahkan begitu sahaja kerana ia adalah amanah daripada Allah SWT. Uruskan daripada masih bayi hingga ke muda remaja. Daripada makanan dan pakaian, sehinggalah ke pendidikan.

Malah seorang ibu juga sentiasa dapat merasakan sekiranya anak mereka dalam keadaan selamat ataupun tidak. Sebab itu, ibu yang terlebih risau berbanding daripada seorang ayah. Daripada situasi sebegini sudah tentu membuatkan ibu terlebih tertekan dan emosi yang tidak stabil.

3. Uruskan kerja di perjabat.

Bukan sahaja menguruskan suami dan anak-anak, emosi isteri tidak stabil apabila mempunyai masalah dengan majikan di pejabat. Walaupun kadang-kala dari riak wajah kelihatan tiada masalah, namun dalam hati isteri tiada siapa yang tahu. Mahu luahkan pada suami, suami pun penat bekerja. Mahu luahkan pada anak-anak, tapi mereka masih tidak mengerti.

Jadi, suami perlu tahu bahawa isterinya juga adalah seorang pekerja yang perlu membangunkan sesebuah syarikat. Mereka dijadikan untuk menjadi seorang professional di pejabat, dan tidak boleh membawa masalah rumah tangga.

Kalau dengan suami tidak boleh meluahkan perasaan, cuba bayangkan wanita bekerjaya ini? Bagaimana mereka mahu meluahkan perasaan? Sebab itu, majoriti wanita yang bekerjaya kelihatan lebih senang hidup sebagai bujang. Jika sudah membina rumah tangga, pasti akan mudah kemurungan.

Bagi Lelaki Yang Mahu Berkahwin, Jagalah Emosi Isteri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen