Isteri Itu Adalah Tanggungjawab Dan Amanah, Jangan Sia-siakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila sudah bergelar isteri atau suami orang, masing-maisng perlu tahu akan tanggungjawab yang akan dilaksanakan selepas itu. Perkahwinan ini tidak sama seperti bermain pondok-pondok tetapi ia adalah reality kehidupan mereka yang sudah berkahwin.

Buat orang lelaki, setelah menikahi isteri anda, anda seharusnya tahu bahawa mereka ini akan menjadi tanggungjawab anda. Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai suami tetapi sekurang-kurangnya anda menyayangi serta memperlakukan dirinya seperti sepatutnya.



Ini tidak, anda membiarkan dirinya menguruskan segala-galanya sendiri, tidak menjaga emosi atau fizikal dirinya, serta tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Anda perlu tahu, apabila isteri anda memilih anda sebagai pasangan hidupnya, maka dia begitu mempercayai anda yang akan menjaganya dengan baik.

Isteri anda itu telah dibesarkan oleh kedua ibu bapanya dengan penuh kasih sayang, malah dia sanggup meninggalkan ibu bapanya semata-mata untuk hidup bersama anda. Sebab itulah anda perlu memberi pelindungan kepadanya.

Dia bukan orang yang hanya akan menguruskan rumah serta mendidik anak.

Hadirnya isteri di sisi anda bukan sebagai orang yang akan menguruskan diri anda, dan rumah anda. ini kerana dia bukan pembantu yang perlu menguruskan segalanya sendirian. Sebagai seorang suami, anda seharusnya membantu segala tugas yang ada, bermula dengan menguruskan kerja rumah serta mendidik anak-anak.




Jika anda hanya membiarkan dia tersu menerus menguruskan segalanya, maka anda akan kehilangan dirinya malah dia juga akan semakin jauh dengan anda.

Hormati dirinya sebagaimana anda menghormati ibu anda.

Isteri anda itu adalah ibu kepada anak-anak anda. Jadi hormati dirinya sama seperti anda menghoramti ibu anda sendiri, jangan sesekali memperlekehkan dia malah merendah-rendahkan dirinya. Sebab itulah anda perlu memanjakan dirinya malah memperlakukan dengan baik. Barulah nanti anak-anak anda mendapat contoh yang baik dari anda.

Jika tidak mampu membahagiakannya, jangan membuat dirinya menangis.

Tidak semua orang mampu membahagiakan pasangan mereka terutama jika ia melibatkan dari segi kewangan dan kemahuan. Tapi itu tidak bermakna anda tidak boleh membuat dirinya bahagia. Jika tidak mampu membahagiakan dari segi kewangan maka bahagiakan dari segi layanan anda terhadap dirinya. Sudah tentu itu akan membuat diri gembira. Jangan sesekali melukakan hatinya dengan sikap dan perbuatan yang tidak sepatutnya. Orang perempuan ini cukup mudah untuk dibahagiakan sekiranya anda miliki sifat memahami, bertolak ansur serta menyayanginya.



Isteri itu tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kita. Jika sudah memilikinya maka jagalah hati dan dirinya dengan baik sekali.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen