Berdepan Dengan Gadis Yang Suka Overthinking Tidak Mudah, Ini Sikap Yang Perlu Ada Dalam Diri Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila sudah mula jatuh sayang pada seseorang, perasaan takut dan berfikir secara berlebihan ini sememangnya akan ada. Tak banyak pun sikit-sikit mesti ada. Tidak kisah lah antara lelaki atau perempuan pasti akan memiliki perasaan sebegini. Tapi yang membezakannya adalah orang lelaki tahu kawal tetapi orang permpuan ini akan terus layan overthinking mereka.

Sebenarnya, overthinking ini ada baik serta buruknya, tetapi apa yang selalu membimbangkan adalah ia bukan satu perkara yang masuk akal malah tidak wajar dipercayai. Jadi orang yang perlu mengawal mereka yang miliki sifat overthinking ini mestilah orang yang yang relax malah berfikiran rasional.



Selalunya orang perempuan yang memiliki masalah ini, jadi pasangan mereka ini sudah tentulah bukan yang biasa-biasa. Jadi buat anda yang memiliki teman wanita yang overthinking, ini 5 sifat yang perlu anda miliki.

1. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

Biasanya teman wanita yang overthinking ini miliki sifat yang kurang percaya diri malah selalu insecure. Jadi mereka memerlukan pasangan yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk menjadi pasangan mereka. Ini kerana lelaki yang miliki keyakinan tinggi ini pasti mempu menghadapi segala cabang fikiran si gadis dengan sangat tenang.

2. Miliki tahap kesabaran yang tinggi.

Apa yang kita semua tahu melayani seorang gadis yang mempunyai pelbagai fikiran negatif ini sememangnya sangat meletihkan. Dia tidak mampu mengawal apa yang bermain difikirannya, malah kadang kala apa yang dikatakan itu bukanlah sesuatu yang difikirkan dengan jelas.

Jadi anda sebagai pasangannya, sudah tentu anda perlu memiliki kesabaran yang tinggi di mana anda perlu menjadi pendengar yang setia. Mendengar setiap keluahan sehingga selesai supaya ia tidak menjadi salah faham yang akan memudaratkan hubungan kalian. Bukan senang nak mendengar dengan baik sekiranya seseorang itu tidak miliki kesabaran yang tinggi.



3. Miliki kemahiran komunikasi yang baik.

Oleh kerana gadis ini sentiasa berfikir perkara negatif dan tidak dapat berfikir dengan baik maka miliki pasangan yang mempunyai komunikasi yang baik itu sememangnya sesuai dengan gadis ini. Jika anda tidak mempunyai komunikasi yang baik anda akan berdepan dengan gadis seperti ini kerana, kalian akan saling bertengkar akan perkara yang tidak sepatutnya.


4. Seorang yang mempu berfikir dahulu sebelum bertindak.

Biasanya orang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang manakala orang perempuan pula biasanya akan bercakap tanpa berfikir. Akan tetapi anda yang miliki pasangan overthinking ini harus berfikiran rasional serta matang.

Kadang kala gadis seperti ini mungkin akan menguji kesabaran serta tindakan anda akan tetapi anda perlu memikir dengan rasioanl sebelum mengambil sebarang tindakan.



5. Mampu membaca riak wajah pasangan.

Bukan 4 perkara itu sahaja yang penting, tetapi ini juga adalah sangat penting. Anda seharusnya pandai mambaca riak wajah pasangan anda, di mana anda tahu bagaimana dia sedang bahagia, sedih ataupun marah. Ini juga akan membuat anda lebih memahami pasangan anda.

Gadis-gadis yang suka overthinking ini sesuai untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki seperti ini, barulah setiap apa yang dijalinkan itu lebih mudah untuk bertahan antara saru sama lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen