Bagi Mereka Yang Berminat Untuk Membuat Bisnes Homestay. Cuba Kaedah Ini.

Bagi pasangan yang sudah berkahwin dan ingin menambah pendapatan (side income), sekiranya anda mempunyai rumah atau bilik yang kosong, jadikan ia sebagai Bisnes Homestay.

Untuk memulakan sebuah bisnes homestay, perkara berikut perlu diambil perhatian:

1. Mempunyai rumah untuk dijadikan homestay.

Yang penting kena ada rumah sendirilah untuk dijadikan sebagai homestay. Anda juga mungkin boleh jadi partner bisnes sekiranya rumah tersebut milik ahli keluarga yang lain. Rumah tersebut perlu mempunayi keluasan yang besar dan luas, kerana ia berkonsepkan holiday bersama keluarga.

2. Lokasi yang sesuai.

Yang kedua, anda juga perlu pastikan lokasi homestay tersebut berdekatan dengan pusat bandar atau mana-mana tempat yang boleh dijadikan sebagai peranginan. Ini kerana menginap di homestay adakalanya berkali ganda lebih jimat dan menyeronokkan berbanding menginap di hotel.

Kebiasaannya waktu majlis konvokesyen, ataupun waktu pendaftaran masuk, permintaan untuk homestay akan meningkat. Biasanya untuk keluarga yang datang dari jauh, mereka akan menginap sekurang-kurangnya semalaman apabila menghantar anak-anak mereka untuk mendaftar masuk ke universiti.

3. Perabot, peralatan elektrik dan barang hiasan.

Untuk kelengkapan homestay, anda perlu menyediakan perabot dan juga peralatan elektrik untuk kemudahan awam. Sepertimana anda mahu selesa seperti rumah sendiri, begitu juga anda perlu lakukan pada homestay supaya mereka yang menginap sangat selesa.

Pilihlah alat elektrik dan perabot yang tahan lama, kerana bisnes ini untuk jangka masa yang panjang. Jangan lupa juga untuk menyediakan kemudahan wifi yang berpatutan. Selain daripada itu, anda boleh sediakan peralatan bbq dan juga penghawa dingin.

Hiasan homestay juga perlulah menarik ya!

4. Peraturan.

Pengusaha homestay, perlu menetapkan peraturan khusus.. Anda juga sepatutnya mempunyai peraturan ringkas untuk setiap penyewa homestay anda. Sediakan dokumen ini dan letakkan dalam perjanjian sewaan. Tanpa peraturan dan dokumen, anda mungkin berisiko kepada kehilangan, kemalangan, kerugian dan sebagainya.

5. Promosi.

Peningkatan kemudahan teknologi menjadikannya lebih senang kepada kita untuk mempromosikan bisnes secara online. Cara yang paling senang dan murah adalah untuk menangani aspek media sosial.

Menyediakan sebuah halaman atau akaun untuk homestay anda merupakan perkara yang boleh dilakukan dengan senang. Tambahan pula, media sosial membolehkan anda untuk berhubung dengan tetamu yang berminat dengan lebih senang.

Mempunyai gambar yang berkualiti untuk homestay anda merupakan asset utama untuk menjayakan bisnes homestay. Gambar yang berkualiti akan memberikan tanggapan yang positif kepada tetamu yang sedia membuat penempahan.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Maju Jaya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen