Menurut Kajian Wanita Kelihatan Lebih Cantik Ketika Bercinta, Betul Ke?

Ketika bercinta, sememangnya banyak perkara yang kita tidak sedar kita lakukan sampaikan orang sekeliling yang akan menegur. Begitu juga dengan penampilan seseorang ketika bercinta, ada yang menjadi seorang lebih kemas, lebih cantik, malah ada juga yang lebih wangi.

Tetapi Apakah Yang Menyebabkan Seorang Wanita Itu Menjadi Lebih Cantik Ketika Bercinta?

1. Kuasa cinta tingkatkan aura positif.

Secara saitifik, hormon dalam tubuh badan wanita bertindak balas positif dengan hormon oxytocin ketika bercinta. Lalu ia dilepaskan dengan aura positif, sehingga orang di sekeliling terpana melihat pada penampilannya. Aura ini secara tidak sedar membuatkan seorang wanita itu berkeyakinan tinggi.

2. Kuasa cinta menaikkan mood wanita.

Selain mampu untuk meningkatkan aura positif dalam tubuh badan wanita, ia secara tidak langsung menaikkan mood mereka juga. Emosi wanita menjadi lebih stabil dan lebih baik sehinggakan jarang dikalangan mereka kemurungan ketika bercinta. Dirinya seolah-olah di awangan. Wow!

3. Kuasa cinta membuatkan wanita jadi kurus.

Ada orang cakap kalau bercinta, badan sama-sama naik.

Tetapi pada awal bercinta, ketika hangat bercinta, berat badan wanita akan mengalami  sedikit pengurangan kerana adrenalin dalam tubuh badan megawal rasa makan mereka. Jadi, tidak hairan sekiranya pada awal perkenalan, si wanita ini merasakan diri cantik dan kurus kerana tindak balas adrenalin ini.

4. Kuasa cinta membuatkan diri mereka awet muda.

Disebabkan dengan adanya aura positif, hati yang senang dan gembira, malah menjadi kurus, kuasa cinta membuatkan wanita ini kelihatan awet muda. Perasaan bahagia dalam diri mereka sebenarnya mempengaruhi psikologi dan gaya hidup mereka. Seolah-olah mereka bersemangat untuk menukar penampilan menjadi lebih cantik dan menawan.

5. Kuasa cinta membina keyakinan diri mereka.

Di samping itu juga, kuasa cinta ini sebenarnya membantu wanita untuk membina keyakinan diri. Ramai golongan wanita merasakan dengan kuasa cinta, membuatkan mereka menghargai diri sendiri dan terima diri mereka seadanya. Mereka juga suka dan cinta pada diri mereka sendiri.

Apa Pandangan Lelaki Tentang Wanita Kelihatan Menawan Dek Kuasa Cinta?

1. Dapat lihat sikap sebenar wanita tersebut.

Melalui percintaan, sebenarnya pasangan dapat melihat sikap sebenar antara satu sama lain. Dalam kes ini, apa yang lelaki boleh lihat pada wanita ketika bercinta adalah, lelaki dapat menilai jika teman wanitanya betul-betul happy dengan dia ataupun tidak, hanya melalui senyuman.

Senyuman yang terpancar pada wajah temannya bakal menceritakan 1001 kisah cerita. Malah, lelaki juga akan dapat mengesan sekiranya teman wanitanya ikhlas dengan dirinya ataupun tidak.

2. Lebih menawan dan mempersona.

Selain daripada itu, apa yang lelaki boleh nampak pada seorang wanita yang sedang bercinta adalah, wanita tersebut lebih menawan dan mempersona. Bukan sahaja penampilan yang cantik, malah karakter wanita tersebut dilihat sangat feminin.

Jadi, berkemungkinan besar wanita kelihatan lebih cantik sekiranya teman lelaki atau suaminya memberi perhatian yang lebih! Hehe.. =P

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen