Orang Dulu-Dulu Guna Agama Untuk Eratkan Hubungan, Orang Sekarang Guna Agama Nak Tundukkan Isteri.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau bab minta resipi rumahtangga bahagia pasti nak mintak dari orang dulu-dulu, pasti nak tahu macam mana rumahtangga yang dibina itu bahagia sahaja. Tapi kalau nak suruh laksanakan memang lah payah bercampur liat jawapnya.

Kalau orang dulu-dulu bina masjid pasti rumahtangga akan kekal berpanjangan, sampai ke anak cucu pun masih lagi kekal romantik main suap-suap. Kita yang baru berkahwin dua tiga tahun ini, dah hilang kemanisannya, dah hilang sifat romantiknya. Yang ada cuma rasa nak marah dan rasa tak puas hati.

Haa, bezakan orang dulu dengan orang sekarang. Macam yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini, orang dulu guna agama untuk dekatkan hubungan suami isteri tapi orang sekarang guna untuk bina jarak antara suami isteri.

Meh kita hadam apa yang dikongsinya ini.



Cabaran kehidupan berumahtangga dulu dan sekarang tak sama.

Zaman dulu, subuh-subuh lagi suami dah keluar bekerja. zaman sekarang, subuh-subuh lagi suami masih membuta sampai matahari terpacak atas kepala.

Zaman dulu, suami kuat, boleh menoreh, buat bendang, bela lembu, bela kerbau, berkebun.zaman sekarang, suami manja, tak suka bos berenti, tak suka opis mate, berhenti. Tak larat ulang alik, berhenti, kerja kejap, berenti. Nak kerja ikut yang dia suka.

Zaman dulu, petang-petang suami main dengan anak-anak, bawak anak-anak ronda. Zaman sekarang, sampai ja rumah, hp terus depan mata.



Zaman dulu, malam-malam suami ke masjid, dengar ceramah, belajar agama. Zaman sekarang, malam-malam suami ke mamak, melepak dengan kawan-kawan sampai pagi buta.

Sebab tu zaman sekarang, kehidupan berumahtangga tu sangat-sangat mencabar dan berbeza. Isteri sekarang susah nak sesabar isteri dulu. Isteri sekarang, susah nak semulia isteri dulu… sebab?

Dapat suami yang tak tahu soal agama.

Yang dia tahu, suami ada kuasa mutlak terhadap isteri, yang dia tahu, isteri kena ikut cakap suami, yang dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami.



Dia tak sembahyang tak ape, dia tak puasa tak ape, dia on off kerja tak ape, dia tak tunai nafkah tak ape, dia main hp & game tak ape, dia melepak lama-lama tak ape dan sebagainya. Semuanya tak ape sebab dia tak faham tugas seorang suami tu APA.

Suami dulu, guna agama untuk dekatkan dan eratkan hubungan dia dengan isteri. Suami sekarang, guna agama untuk tundukkan dan mencipta jurang antara dia dengan isteri.

Hard to digest? This is nowadays fact...

Nota kaki : Sebab tu banyak rumahtangga org dulu-dulu kekal lama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen