Kenali Jenis-Jenis Ubat Selsema Anda, Biar Segera Sihat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau tiba-tiba diserang selsema sudah pasti ia sangat melelahkan. Mana tidaknya, anda akan berdepan dengan sakit kepala, bersin berulang kali malah ketidakselesaan hidung. Apabila diserang selsema sudah tentu anda mahu segera sembuh dan kalau boleh ia tidak berpanjangan.

Ini kerana, selsema yang berpanjangan akan mengganggu tugas-tugas harian malah apabila mengambil ubat ia akan membuat anda terasa mengantuk. Tidak hanya itu kadang kala ia juga mengganggu waktu tidur anda.

Jika anda mengalami simptom seperti demam, sakit-sakit badan dan rasa diri tidak sihat, sudah tentu doktor akan menasihati anda untuk berehat, ambil air dengan secukupnya, maka makanan yang berkhasiat dan sebagainya. Demam boleh menyebabkan anda mengalami dehidrasi, oleh itu anda perlu menggantikan air yang hilang dari badan anda.



Elakkan bersenam ketika anda mengalami masalah ini!

Terdapat pelbagai ubat selsema dan cara untuk hilangkan selesema. Perkara pertama yang dibuat untuk rawatan selsema adalah dengan menjaga pesakit itu dengan baiknya terlebih dahulu.

Seperti yang kita tahu terdapat pelbagai jenis ubat selsema yang berada di pasaran, tidak kiralah yang ada di kedai serbaneka mahupun di farmasi serta klinik kadang kala kita ingin tahu adakah ubat tersebut berkesan untuk kita ataupun tidak. Sedikit perkongsian daripada artikel TheDiagnosa ini mungkin akan membantu anda.

Jenis Ubat selsema

Terdapat beberapa jenis ubat selsema yang boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi dari doktor. Ini bermaksud anda tidak perlu beratur panjang untuk berjumpa dengan doktor semata-mata untuk mengambil ubat selsema.

Ubat demam, ubat anti-histamine, ubat untuk hidung tersumbat dan juga ubat batuk boleh membantu untuk mengurangkan simptom ketika mana anda menghadapi masalah ini. Tetapi ia tidak akan menyebabkan selesema anda cepat sembuh. Ini kerana majoriti daripada masalah selesema adalah disebabkan jangkitan virus yang akan baik dengan sendirinya.

Baca label ubat tersebut dengan berhati-hati. Tetapi adalah lebih baik untuk anda bertanyakan kesan sampingan pengambilan ubat selesema yang anda akan ambil dari ahli farmasi. Ini kerana ada sesetengah ubat selesema akan menyebabkan anda berasa mengantuk dan tidak mampu bekerja.

Kita pun tahu bahawa ada yang ingin mengambil ubat ini untuk mengurangkan simptom supaya dia boleh bekerja seperti biasa. Tetapi jika dia mengambil ubat yang menyebabkan rasa mengantuk, sudah tentu kerja yang ingin dibuat itu tidak akan selesai.

Keadaan pesakit akan menjadi lebih bahaya jika ubat tersebut diambil ketika hendak memandu kereta pada jarak yang jauh. Oleh itu, penting untuk anda bertanyakan kesam sampingan ubat tersebut kepada ahli farmasi ataupun doktor yang merawat anda.



Ubat ‘decongestant'(Untuk hilangkan hidung tersumbat)

Ubat ini berfungsi untuk mengecutkan saluran darah dibahagian hidung untuk mengurangkan penghasilan hingus. Oleh itu, ia boleh membantu untuk mengurangkan hidung tersumbat.

Beberapa jenis ubat ini adalah:

• Ephedrine
• Pseudoephedrine



Ubat anti-histamine

Ubat anti-histamine terdapat beberapa generasi. Ubat yang selalu digunakan adalah chlorpheniramine (piriton). Ia merupakan ubat generasi pertama. Diphenhydramine (Benadryl) juga selalu digunakan terutamanya bagi pesakit yang mempunyai batuk sekali. Selalunya ia menyebabkan rasa mengantuk kepada pesakit kerana kemampuannya merentas untuk masuk ke dalam bahagian otak.

Generasi ubat antihistamine ke-dua pula selalunya tidak menyebabkan rasa mengantuk sebagai contoh loratadine dan juga cetrizine.

Ubat anti-histamine ini digunakan untuk merencat penghasilan histamine dikawasan hidung supaya penghasilan hingus dapat dikurangkan

Ubat Gabungan

Terdapat juga kombinasi kedua-dua ubat ini digunakan dan selalunya ia lebih berkesan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen