Kalau Buat Salah Jangan Takut Beritahu Suami, Dari Luar Sahaja Nampak Macam Rimau Tapi Dalam Hati Ada Taman.

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam hubungan suami isteri ini memanglah ada yang kena garang ada yang tidak. Yang garang itu selalu akan peringatkan yang tak garang. Tidak kiralah suami ke isteri ke pasti salah seorang pasangan akan miliki perangai sebegini, tetapi biasanya orang lelaki lah perangai macam rimau sikit. Tapi rimau bukan sebarang rimau, rimau ini boleh dijinakkan nak-nak lagi kena dengan bini yang tersayang.

Orang perempuan bila buat silap sudah tentu akan mula gelabah fikirkan jalan keluar atau cara nak sembunyikan salahnya itu. Mana tidaknya, mereka paling takut kena marah atau bebelan dari suami mereka sebabnya sudah diperingat banyak kali tetapi jadi lagi mahu tak kena marah bukan?

Dalam hubungan suami isteri ini, sudah tentulah ada perkara yang betul dan ada perkara yang salah. Bahkan tidak semua perkara yang kita buat itu betul dan pasangan kita salah, cuba kita fikir dari positifnya bukan ambil yang negatif seperti dalam nasihat Ariff Ismail ini.



Sepanjang minggu lepas banyak pulak kes penceraian dikalangan selebriti tanah air. Mula lah banyak wartawan kampung dan ustaz/ustazah mee segera menabur komen masing masing.

" weh memang patut si a aida tu kena cerai! Ada hati nak berlaki muda. Kesian aku tengok si alif aziz tu dah macam gila talak".

Kita ni perjalanan hidup panjang lagi, jangan komen negatif, tak kena kat batang hidung kita memang boleh komen, cuba kena batang hidung sendiri? Baru memasing ada akal sikit nak bercakap.

Bila dengar berita sensasi, berita sedih dan mengecewakan cuba kita diam dan fikir, sesuatu yang terjadi mesti bersebab. Rumah tangga ni kita bina bukan untuk bercerai.

Bukan macam beli kereta, ehh dah bosan la bawak bmw, nak tukar merc pulak lah. Hancur lebur rumah tangga kalau semua fikir macam tu. Kita kena cari keserasian dan persefahaman. Dan bila tak ada persefahaman itu yang mengundang penceraian.



Kadang kala kita ni, fikir kita semua betul pasangan kita yang salah. Ni mesti kes rumah tak ada cermin. Cuba berdiri depan cermin, tengok semula apa kekurangan kita dan apa kelebihan pasangan.

Dan selalu kita dengar bini ni bila bergosip, " weh gila la kalau laki aku tahu, dia tu dah la garang macam rimau". Haa, belum cakap lagi dah fikir apa yang en laki akan respon. Mula lah episod memendam rasa.

Maka terbuka lah diari facebook, IG, dan twitter. Meluah segala perasaan di muka buku. Tak selesai pon masalah kalau kita buat gitu wahai kaum hawa sekalian.

Lelaki ni memang garang macam rimau tapi hati kami ni selalu ada taman. Garang macam rimau pon boleh jadi manja macam kucing bila bini tahu cara nak sampaikan info. Lelaki ni kurang bercakap tapi kami pendengar yang baik. Tanpa suri dihati kami siapalah kami didunia yang fana ini.



Garang lelaki ni bersebab, bila en laki marah tu ada la sebab nya, kita ni tunjuk je garang cik akak oii, tapi dalam hati tetap sayang. Bila dapat laki yang macam rimau ni, kena pandai ambil hati. Sebagai contoh kita drive keta dia, kita tercalarkan.

Jangan takut untuk bagitahu en laki awak tu, mula mula memang dia akan membebel dulu, tapi ayat akhir mesti dia akan cakap, tak pe lah yang penting awak selamat. Keta tu nanti saya g polish hilang lah calar tu.

Dia akan jadi masalah, bila dah calar kan buat buat tak tahu. Yang ni memang mengundang rasukan saka rimau sang suami la jawab nya. Maka berdarahlah telinga cik bini dengar bebelan sang suami.

Dalam rumah tangga ni, benda paling penting adalah memahami antara satu sama lain. Kita cari titik persamaan. Kawal emosi dan ego masing masing inshaallah bahagia dunia akhirat.

Jangan cari salah pasangan, kita cari kelebihan pasangan. Paling penting sebab utama kita menyayangi pasangan kita, ini akan membuatkan laki segarang rimau pon akan jadi semanja kucing parsi. Tapi bila laki dah jadi semanja kucing jangan pulak cik bini bertukar jadi naga.

Semoga perkongsian ini menjadi manfaat untuk semua. Selamat bekerja !

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen