Nak Ajak Si Dia Bercinta Tapi Takut Kena Reject? Cuba Perkara Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak ajak seseorang jalinkan hubungan dengan kita bukanlah satu perkara yang mudah, nak-nak lagi kita ini dianggap sebagai orang asing dalam hidupnya, sudah tentulah dia tidak akan percaya dengan kita. Tidak hanya itu sahaja, kita ini bukan calon idamannya sudah tentu kena reject awal-awal.

Lagi-lagi kalau kita ini sudah lama minat dekat dia tapi dia tak pandang sikit pun dekat kita. Aihh, sedih laa macam ini. Kalau begini keadaannya nak PM hai dekat Facebook pun takut kan.



Tapi kalau hati dah suka tak akan nak tengok dari jauh sahaja, nak tak nak kena laa cuba buat sesuatu mana tahu nasib menyebelahi kita si dia duduk disebelah kita atas pelamin nanti. Tak guna kalau suka dari jauh kenalah sikit luahkan rasa hati kita itu.

Jiwa kena kental tapi kalau takut kena reject apa kata anda cuba perbaiki diri dahulu sebelum luahkan rasa hati anda.

1. Kenali diri dulu.

Perkara yang perlu anda lakukan dahulu adalah kenali diri anda serta dirinya dahulu. Kadang kala kita mungkin lihat dia serasi bersama dengan kita tapi rupanya kita ini tiada ciri macam dia inginkan. Semua orang sememangnya ada peluang untuk mendapat penolakkan tetapi jika anda tahu bagaimana dia dan diri anda lebih mudah untuk anda elakkan perkara ini. Keperibadian anda juga daya penarik yang hebat.



2. Keyakinan.

Biasanya orang yang takut direject ini adalah mereka yang kurang berkeyakinan, maka dengan itu cuba bentuk keyakinan anda dahulu sebelum meluahkan rasa hati itu. Macam mana nak bentuk keyakinan diri? Cuba untuk lakukan dengan persekitaran anda dahulu bermula keluarga dan rakan-rakan, bergaul dengan baik bersama mereka. Jika anda berdepan dengan pasangan idaman anda cuba untuk bertenang bukan tergesa-gesa.

3. Serlahkan daya tarikan.

Pernah anda dengar bahawa pasangan itu adalah cerminan diri kita, maka dengan itu anda perlu miliki perkara yang hampir yang sama dengan dirinya, disitulah daya tarikan anda akan mula terserlah dan memikat hatinya. Jika dia seorang yang solehah atau soleh maka anda juga begitu, jika dia seorang berpengetahuan anda juga perlu begitu. Barulah dia tertarik dengan anda kerana miliki keperbadian yang sama.

4. Cuba untuk positif.

Cuba untuk berfikiran secara positif dan jangan sesekali merasakan bahawa anda ini tidak sesuai dengan dirinya. Selagi anda tidak cuba untuk mendekatinya, selagi itulah anda akan bermain teka teki sebab itulah anda perlu berfikiran positif akan semua tindak balasnya nanti.



5. Berani untuk mengambil langkah.

Apa guna kalau sudah lakukan perkara lain tetapi tidak berani untuk mengambil langkah. Jangan takut untuk berani memulakan langkah. Mulakan dengan mendekatinya sebagai rakan dulu lama kelamaan luahkan rasa hati anda. Itulah permulaan sebuah hubungan.

Setiap orang sememangnya berpotensi untuk direject oleh orang yang kita sukai, tetapi itu akan membuat kita lebih berani untuk meluahkan perasaan dan bukannya hanya melihat orang yang disukai itu berbahagia bersama orang lain serta merasai kekecewaan bersendirian.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen