“Ramai Suami Tak Sedar Berhutang Dengan Isteri Sebab Bagi Nafkah Tapi Minta Balik” Ikuti Kisah Dari Peguam Ini.

Dalam rumah tangga, suami sebagai pemimpin keluarga WAJIB memberi nafkah kepada isteri, sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 34 dimana suami sepatutnya bertanggung jawab terhadap kaum wanita. Allah telah melebihkan orang lelaki ini dengan beberapa keistimewaan supaya dapat memberi nafkah kepada mereka.

Namun, secara tidak sedar, setelah memberi nafkah, kemudian meminta balik duit daripada isteri kerana duit sendiri tidak cukup.

Ikuti perkongsian dari Puan Suriati Ab Ghani iaitu seorang Peguam Syarie untuk ketahui lebih lanjut…

Image may contain: 1 person, standing

********

Ada ke puan-puan yang mengalami nasib yang sama macam situasi client-client saya ni?

Client 1:

Suami kerja pendapatan tak menentu, beli barang dapur sebulan sekali dalam jumlah rm150 sebulan, tiada nafkah tambahan lain, hanya itu sahaja..suami merokok dan main judi online beberapa kali dalam sebulan, duit untuk beli rokok dan main judi minta dari isteri, memang lebih dari rm150 sebulan isteri perlu bagi bila diminta..

Client 2:

Suami penjawat awam, dapat gaji beli barang dapur rm150-rm300 untuk kegunaan sebulan. Berpoligami, client ni isteri pertama, hanya hujung minggu sahaja akan balik ke rumah isteri pertama. Setiap bulan bila-bila masa semasa berada di rumah isteri kedua.

Suami ni akan minta isteri pertama bank in kan duit sebab tak cukup duit, kos datang ke rumah isteri pertama pun minta kat isteri ni. Memang setiap bulan jumlah yang di bank in ke akaun suami lebih dari jumlah yang suami belikan barang dapur..

Nampak macam bagi nafkah kan?

Tapi sebenarnya tak bagi pun nafkah sebab minta balik duit dari isteri untuk keperluan peribadi si suami.

Tiada masalah jika isteri redha dengan keadaan tersebut, tapi jika isteri tak redha dan tak tahan dengan sikap suami yang macam tu, isteri boleh tuntut fasakh dengan alasan suami cuai memberikan nafkah.

********

Jadi, dengan kes di atas boleh rujuk pada hadith daripada Riwayat Muslim (1218)…

“Bertaqwalah kepada Allah dalam mengendalikan urusan kaum wanita. Kamu mengambil mereka dengan amanah Allah dan dihalalkan bagi kamu kemaluan mereka dengan kalimah Allah.

Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah mereka tidak membenarkan orang yang kamu benci masuk ke tempat tidurmu.

Jika mereka melakukannya, pukullah mereka dengan cara yang tidak menyakitkan. Kewajipan kamu pula ialah memberikan nafaqah dan pakaian yang sepatutnya kepada mereka.

Sesungguhnya, aku tinggalkan satu perkara yang kamu tidak akan sesat selama-lamanya, selagi kamu berpegang dengannya, iaitu kitab Allah.” 

Kesimpulannya, suami sepatutnya memberi nafkah kepada isteri. Apabila isteri yang menafkahkan kepada suami atau tidak diberi haknya, maka di situ berlaku qiwamah yang berpindah dari lelaki kepada isterinya.

Begitu juga, antara hikmah Allah memberi tanggungjawab kepada lelaki supaya memberi nafkah kepada isterinya adalah agar rasa kasih sayang, penghormatan dan cinta isteri menjadi subur sehingga melahirkan mahabbah, mawaddah dan sakinah dalam melayari bahtera kehidupan.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen