Nak Cari Calon Suami, Cari Yang Ada Sifat Empathy, Pasti Bahagia Rumahtangga Nanti.

Oleh: Zuzu Yasmine

Nak cari suami bukan sekadar pandang pada rupa dan kerja bagusnya sahaja, tetapi pandang juga perkara-perkara yang lain. Ini kerana, belum tentu rupa yang elok itu mampu membahagiakan anda bahkan belum tentu kerja yang bagus itu mampu membahagiakan anda.

Orang kata nak cari pasangan hidup ini pandang pada agamanya bukan itu sahaja, pandang juga kebaikan yang ada pada dirinya. Kita nak hidup lama dengannya bukan sehari dua. Sebab itulah kalau nak memilih kena pilih betul-betul jangan sekadar sedap mata memandang sahaja.

Semua orang sememangnya mempunyai cita rasa sendiri tetapi tidak salah kalau kita cari seperti yang disarankan oleh Sharifah Zahidah ini. Banyak gunanya tips yang dikongsi ini.



Tips Memilih Calon Suami:

Pegang dan hadam sungguh-sungguh tips ini ya gadis-gadis sekalian.

Jika nak mencari suami, carilah bakal suami yang MAMPU MENUMPAHKAN AIR MATA apabila dia BERFIKIR tentang orang lain.

Itu sahaja tipsnya, ringkas dan mudah diingati.

Kenapa?

Kerana itu petanda jiwanya hidup dan ada empathy.

Jangan cari lelaki yang jenis 'air mata jantan' sangat. InshALLAH, merana :D



Percayalah, tips ini ringkas.
Tapi ianya sangat BESAR MAKNANYA dalam kehidupan kalian.

Selepas itu, lihatlah akhlaknya.
Lihatlah agamanya.
Lihatlah kebaikan-kebaikan yang lain pada dirinya.

Tetapi, jika SATU KERAMAT di atas SULIT KALIAN TEMUKAN DALAM DIRINYA,
Awas dengan pilihan kalian.

INI ADALAH ANALISA

Atas kebanyakan punca masalah rumahtangga yang DIHADAPKAN kepada saya.

Lelaki-lelaki bermasalah sebagai suami dan bapa, punyai pelbagai perbezaan lain.

Ada yang bagus solatnya. Ada yang culas solatnya, atau langsung tidak solat.
Ada yang sangat baik akhlaknya dengan orang luar. Ada yang gangster kawasan juga.
Ada yang pembersih, ada yang pengotor.
Ada yang kedekut, ada yang pemurah.
Ada yang kaki buku, ada yang kaki game.

TETAPI...

PERSAMAAN MEREKA SEMUA SAMA...
Iaitu,

KERAS PADA HATI.

GAGAL EMPATI.

Dan..

GAGAL EMPATI ADALAH FAKTOR TERBESAR TERHADAP KEGAGALAN MENGHARGAI.

Yang mengakibatkan masalah besar pada komunikasi.
Yang mengakibatkan hidup tak bertemu empati.
Yang mengakibatkan kemarau berpanjangan pada emosi.
Yang AKHIRNYA menyebabkan KEZALIMAN FIZIKAL DAN EMOSI PADA ANAK DAN ISTERI.

Jangan main-main,

Jangan sesekali kahwin dengan lelaki yang gagal menumpaskan air mata apabila berfikir tentang orang lain, kerana mempetahankan so called 'kejantanannya.'

Bahasa mudahnya, hati kering.



Cakap apa pun tidak lut.

Tazkirah apa pun tak melembutkan hatinya.

Ada kaitan dengan struktur otak?

Ya, ADA.

Sebab itu, ciri-ciri mereka pada satu kriteria ini sama,
Walau pada bab-bab lainnya perwatakan penuh berbeza.

**Status ini ditulis selepas membaca perkongsian menginsafkan dari EncikMatt, tentang seorang suami baik hati yang gugur airmatanya apabila bercerita tentang pengorbanan isterinya. Baca kisah asal di wall saya, saya ada share

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen