Kita Ini Ada Kelebihan Masing-Masing, Jangan Samakan Kita Dengan Orang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hidup kita ini tidak akan sama dengan orang lain bahkan kelebihan yang dimiliki setiap orang juga berbeza-beza. Jangan terlalu kecewa siapa kita sekarang ini tetapi cuba untuk bangkit dan cari kelebihan diri.

Setiap orang yang berjaya belum tentu akan berada di atas selamanya begitu juga dengan mereka yang masih belum berjaya, belum tentu akan berada di takuk itu sahaja. Kita boleh ubah hidup kita mengikut kehendak kita, cuma yang kita perlukan adalah kelebihan dan keberanian diri.



Jangan terlalu senang jika berada di atas bahkan jangan terlalu risau kalau berada di bawah, apa yang penting bagaimana kita terus usaha untuk memperbaiki hidup kita setiap hari.



Siapa masih kenal beliau ini? Mesti pernah tahu kan macam mana jalan hidup beliau dulu, bagaimana beliau boleh merubah kehidupannya ibarat 180 darjah.

Bagaimananya dulu dicaci, dulu yang tak dipandang apa-apa, secara tiba-tiba ianya berubah segalanya. Apa yang nak pun boleh dapat.

Hidup kita memang begini. Saya selalu pesan pada anak-anak saya, pada ahli keluarga. Kalau hari ini kita seperti ini, esok lusa kita tak pasti bagaimana pula cerita kita. Hidup ini ibarat roda. Bila di atas jangan lupa di bawah. Bila di bawah, jangan terlalu bersedih untuk naik ke atas.

Kalau kita mahu lihat bagaimana kita pada esok hari, lihatlah bagaimana dan apa sedang kita lakukan pada saat ini.

Tengok apa suami kita buat, lihat apa anak-anak kita buat.. paling penting lihat apa kita sedang lakukan setiap hari. Semua ini akan membawa jalan cerita kita pada hari esok.

Kita ini ada kelebihan masing-masing. Setiap orang tak akan pernah sama. Sebab itu kita boleh lihat ramai orang yang berjaya di luar sana di dalam pelbagai bidang yang tak pernah terjangkau dek akal. Macam-macam lapangan kehidupan. Setiap mereka itu tak sama.

Kalaulah kita boleh tahu kelebihan luar biasa yang kita sedang ada sekarang ini. Sudah tentu langit tinggi di atas sana pun boleh digapai. Siapa tau, kan?

Kenalpasti kelebihan kita, apa istimewa anak-anak kita yang kita selama ini buat-buat tak tahu... dan jadikan ia sebagai ‘booster’ untuk mengejar impian.

Manusia ini kalau dia buat benda yang dia suka, sampai waktu patut tidur pun dia tak sedar. Dia tak kisah pun kerja siang dan malam. Dia akan mampu bekerja 24 jam!

Pokoknya ialah, sentiasa berusaha ke arah impian, kejarlah impian itu, bukan sekadar berimpian.

Dr Ezairy M.Sallih
Suka melihat ramai orang terinspirasi

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen