Kadang Suami Bukan Kedekut Dengan Isteri Tetapi Mereka Ini Belum Mampu Nak Beri Apa Anda Mahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hati siapa sahaja yang tidak terusik apabila melihat suami-suami orang lain mampu berikan apa sahaja yang isteri mereka pinta. Tidak cukup dengan itu, suami-suami sebegini begitu memahami hati seorang perempuan dengan begitu baik sekali.

Aishh, hati wanita mana yang tidak terusik bukan? Lagi-lagi apabila pasangan kita ini tidak mampu lakukan perkara sebegini, bertanya apa yang diingini juga jauh sekali.

Kadang kala kita orang perempuan ini janganlah hanya memikirkan hati perasaan sendiri, cuba sekali skala fikirkan keadaan suami kita itu. Mereka ini bukan tidak mahu beri tetapi mereka masih belum mampu untuk beri, sebab itulah mereka lebih memejamkan mata dan memekakkan telinga sahaja tetapi dalam hati pasti memiliki keinginan yang sama seperti suami-suami yang beri apa sahaja keinginan isterinya.

Sedikit perkongsian daripada Puan Intan Dzulkefli ini ada betulnya. Suami-suami ini bukan tidak mahu beri tetapi masih belum mampu nak beri.



Naik di wall FB ni, kawan-kawan kongsikan post viral, seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9. Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.

Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.

Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.

'Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.'

Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.

Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.

Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan? Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, "bila nak buat surprise begini?" Atau "Teringin nak macam ni jugak,"

Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.

Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta dan akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru.
Subhanallah.

Wahai isteri,

Jika suami 'belum pernah' beri, tak semestinya ia kerana dia 'tak mahu' beri. Mungkin itu bermakna dia 'belum mampu' hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya dan doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.

Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.

Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.

Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin... namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.

InsyaAllah semoga Allah permudahkan.. bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri dan hati suamimu.

Bahagialah menurut cara kita, seadanya.

Muhasabah saya terutamanya yang pasti banyak sudah mengecilkan hati suami sendiri. Astaghfirullah. Ampun bang.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Intan Dzulkefli
Belum isteri solehah.
21 June 2018
Syawal 1439H

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen