Bila Dah Jadi Menantu Kena Pandai Bawak Diri, Jangan Nak Ikut Kepala Kita Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kalau sudah berkahwin, hubungan dengan keluarga mertua sememangnya perlu dijaga. Bukan hanya untuk keselesaan diri sendiri tetapi ia juga membantu dalam menjaga hubungan kita suami isteri. Ini kerana, hubungan kita dan keluarga mertua itu mempunyai pengaruh yang besar dalam keharmonian rumah tangga.

Walaupun tidak duduk sekali dengan mereka ataupun jarang-jarang sekali balik tetapi hubungan ini kena jaga. Tidak kiralah dengan ibu bapa mertua mahupun dengan ipar-duai.

Yang paling penting kita sebagai menantu dalam keluarga kena pandai ambil hati mertua bahkan kena pandai bawa diri dalam keluarga tersebut. Kalau nak kata tak selesa, memang tak selesa. Mereka juga rasa yang sama tapi kenalah pandai-pandai bawak diri. Macam perkongsian dari Firdaus Shakirin ini.



Bila dah kahwin, dah jadi menantu, maka kena pandai-pandai la bawak diri dalam keluarga orang...

Kita semua dibesarkan dengan cara, didikan, situasi dan persekitaran yang berlainan, langsung tak sama. Bila dah jadi seorang isteri/suami, awak ada keluarga mertua dan keluarga mertua tak sama macam keluarga sendiri…tapi,

“Masuk kandang kambing, mengembek…masuk kandang harimau, mengaumlah…”

Kalau di rumah sendiri awak bangun tidur lambat, awak malas, awak nak rehat lama-lama, tak apa lagi, sebab itu di rumah awak. Tak ade orang perhati awak, tengok diri awak, ambil tahu apa awak buat, tapi bila dekat rumah mertua, jangan bangun lambat, jangan jadi pemalas…

Rumah orang kan peraturannya tak sama macam rumah sendiri…

Kena bangun awal, kena jadi rajin, ringan-ringankan tulang untuk buat kerja. Kalau dekat rumah sendiri, dapur jarang-jarang berasap, selalu tapau atau makan luar je, tak apala, pasangan sendiri faham, tapi bila dekat rumah mertua, walaupun awak tak tahu memasak sangat, tapi tetap kena masuk dapur untuk tolong buta apa yang patut. Sama macam lelaki, jangan asyik tengok tv main hp ja dekat ruang tamu tu…

Dah jadi menantu kan masing-masing...

Jangan time makan ja nampak muka, bila dah habis makan pulak terus blah macam tu ja, masuk gua balik...

Jangan letak dan biar je dalam sinki macam selalu yang awak buat dekat rumah sendiri. Pinggan mangkuk tu tak akan automatik jadi bersih sendiri dan terus ada di rak pinggan…kena basuh, kena letak di rak…

Bila berhadapan dengan ipar duai, biras beras korang tu, layan je diorang walaupun korang tu tak berapa nak masuk dengan dia, tak berapa nak ngam...senyum ja walaupun kelat...jangan tunjuk sangat awak tak suka dia...mugkin lama lagi awak akan mengadap dia, tak akan tiap-taip kali berjumpa, nak berperang dengan dia…

Buang masa, maka layan je...

Dia dengan kita tak sama, latar belakang lain-lain, tahap pengajian lain-lain, pekerjaan lain-lain. Jangan membandingkan, jangan membezakan...hadap dirinya seadanya dia…

Dah jadi isteri/suami, dah bergelar menantu, maka kena pandai-pandai la ambik hati mertua, kena usaha. Kalau boleh, kita nak mertua sayang kita macam anak dia jugak. Tapi itulah, seperti kebiasaan dan hakikatnya, anak tetap anak, menantu tetap menantu. Anyway, cuba ja yang terbaik. Apa diorang nak kata dekat belakang-belakang awak tu, abaikan je. Ikhlaskan hati ja untuk nak cuba jadi menantu yang baik dan buat yang baik-baik…

Lillahi Ta'ala...

Dah jadi pasangan orang, dah jadi menantu, dah ada keluarga yang baru maka akan ada je orang yang memerhati tingkah laku kita…itu yang kita kena selalu ingat. Kalau ada yang menegur, berlapang dada dengan teguran tu dan fikir positif. Cuba belajar atasi kekurangan awak, kelemahan awak dan JANGAN sesekali bajet diri kita ni bagus sangat sampai tak boleh ditegur…

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen