“Bila Dah Kahwin Nanti, Cinta Kena Sentiasa Diluah, Sayang Pula Perlu Ditunjuk”

Bagi anak muda yang mahu melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat atau masih dalam perancangan, perlu sentiasa ingat ‘Cinta Perlu Diluah, Sayang Perlu Ditunjuk’.

Jangankan pula, ketika bujang dan masih belum dalam ikatan, cinta dan sayang dibuat sehingga berlebihan hanya kerana menurut hawa dan nafsu semata.

Para Suami Dan Isteri Kena Selalu Ingat…

Dalam menguruskan rumah tangga, perlu pastikan ia berjalan dengan baik dan sempurna…

Apabila adanya tanggung jawab yang dijalankan oleh pasangan suami dan isteri, pasti ia akan menjadi seimbang setara…

Masa dah kahwin ni lah, cinta perlu sentiasa diluah…

Sayang pula perlu sentiasa ditunjuk agar pasangan mengerti tindakan kita…

Kalau kias-kias…

Sorok-sorok…

Nanti pasangan tak faham..

Lebih teruk salah faham…

Terutamanya pada para suami yang kadang-kala malu dan ego untuk menunjukkan rasa sayang selepas berkahwin…

Segala perbuatan dan percakapan yang berbunga-bunga dirasakan begitu kekok…

Apatah lagi untuk meluahkan rasa cinta di sosial media ditunjukkan pada dunia…

Kalau tak mampu melakukan sedemikian rupa, lafazlah cinta melalui mulut dan pandangan mata…

Tunjukkan dengan perbuatan…

Kalau Betul Sayangkan Pasangan…

Hantar emoji tanda cinta pun isteri mampu tersenyum sehingga ke petang…

Rajinkan bertanya berkenaan dengan hal diri isteri…

Apa yang selalu dia lakukan…

Apa yang dia sedang fikirkan…

Kalau isteri tidak sihat, jangan terus menasihati dirinya untuk menjaga diri…

“Okay Take Care…”

Tetapi,  lebihkan usaha untuk membelikan sesuatu sebagai ‘ubat’ jiwanya…

Sentiasa bergurau…

Sentiasa berbual…

Pulang ke rumah dengan senyuman walaupun di pejabat banyak cabaran…

Peluk dirinya…

Dan membantu melakukan kerja-kerja rumah…

Semakin banyak suami memberi kasih sayang…

Semakin banyak balasan cinta daripada isteri tercinta…

Reward-lah isteri dengan kemampuan diri yang ada…

Sebab tu masa sekarang, ramai suami mengeluh kenapa isteri tidak lagi macam dulu…

Isteri tak lagi macam dulu, sebab suami kurang memberi tidak sama seperti ketika awal bercinta…

Jangan seratus peratus salahkan pasangan/isteri…

Tetapi lihat dulu diri sendiri…

Sudah cukup ke cinta diluah?...

Sudah cukup ke sayang ditunjuk?...

Kalau masih belum cukup, banyakkan memberi…

Dan kurangkan meminta-meminta…

Nak isteri hormat…

Nak isteri hargai…

Mulakan daripada diri sendiri…

Jentik hatinya dengan kasih sayang yang anda sulami…

Jangan Berhenti berdoa pada Ilahi....

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen