“Perkahwinan Bukan Tempat Untuk Menindas Dan Mengambil Kesempatan Atas Pasangan..” Pesan Lelaki Ini Untuk Para Suami.

Perkahwinan dan membina rumah tangga adalah tempat untuk para suami dan isteri memberi kasih sayang tanpa sempadan. Malah, tanggung jawab yang dilaksanakan sepatutnya bukan sebagai bebanan tetapi atas dasar rasa pengorbanan.

Jadi, ia bukan satu tiket untuk mengambil kesempatan ke atas kelemahan pasangan, terutamanya pada suami yang memiliki isteri yang begitu baik dan taat pada dirinya seperti perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini.

Ikuti pesanan dari beliau…

********

Related image

KAHWIN BUKAN TEMPAT UNTUK MENINDAS DAN MENGAMBIL KESEMPATAN!!

1. Jangan sesekali mengarah isteri buat itu ini macam dia tu pekerja bawahan sedangkan dalam agama suami yang patut buat kerja untuk isteri.

2. Berhenti layan isteri seperti bibik, tukang masak, pengasuh dan tukang sapu rumah semata-mata sedangkan apa yang dia buat tu bukan tanggungjawab tapi ehsan bantu suami kerana itu tanggungjawab suami.

3. Suami patut malu dengan isteri yang rajin bekerja mencari nafkah sedangkan beri nafkah tu tanggungjawab suami. Hukum memberi nafkah pun wajib bukan bagi ikut mood. Tak kisah sikit tak apa janji bertanggungjawab.

4. Suami penting diri lagi la tak boleh. Isteri terkontang kanting sorang sorang kat rumah urus anak, urus rumah, memasak sampai nak urus diri pun tak sempat sedangkan suami di luar rumah sedang ber me-time, melayan hobi, melepak borak tentang kereta. Kahwin dengan kereta lebih baik jika begini.

5. Tidak boleh abai isteri walaupun apa pun situasi. Baik fizikal, emosi dan mental isteri, patut jadi perhatian utama suami. Bukan yang terakhir!

6. Kalau isteri kata dia penat, maka betul la tu penat. Kalau isteri kata dia sunyi, maka memang sunyi betul la tu. Jangan buat endah tak endah perkara ni. Jangan cakap isteri mengada-ngada pula. Wanita tak pernah tipu bab mental dan emosi ni.

Lagipun kalau isteri nak mengada-ngada pun tak salah. Itu tanda isteri sangat perlukan perhatian suami tercinta.

Wanita tak lemah, wanita terlalu kuat sehingga kekuatan mereka itu kadang kala boleh menikam diri sendiri.

Wallahu A'lam,

Kahwin Untuk Berbakti Bukan Raih Simpati.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen