Minum Sambil Berdiri Boleh Menjejaskan Kesihatan? Ikuti Penjelasan Ini.

Pasti ramai dikalangan kita, minum atau makan sambil berdiri, bahkan sambil berjalan apabila ingin menuju ke destinasi. Pelbagai situasi atau aktiviti yang kita boleh lihat individu minum berdiri seperti adanya majlis yang membuatkan kita perlu makan atau minum berdiri, mungkin kerana tidak cukup tempat duduk atau seumpama dengannya.

Malah, ketika aktiviti bersukan, ramai juga yang akan minum sambil berdiri dan berlari.

Akan tetapi makan atau minum sambil berdiri ini sebenarnya mampu menjejaskan kesihatan secara kita tidak sedar.

Secara Saintifik…

Menurut kajian, minum atau makan sambil berdiri sebenarnya akan menyebabkan seseorang akan pengsan, dan yang paling teruk boleh mati secara mengejut!

Dalam dunia perubatan, Dr. Nadia Octavia menjelaskan makan dan minum sambil duduk sebenarnya lebih elok untuk kesihatan anda jika dibandingkan makan dan minum sambil berdiri.

“Ini kerana dalam tubuh manusia, terdapat jaringan penyaring atau filter yang disebut sfringer, iaitu struktur maskular (berotot) yang yang boleh terbuka dan tertutup bergantung kepada posisi tubuh kita. Air yang kita minum akan disalurkan pada beberapa elemen penapisan di ginjal. Filter penyaring ini terbuka semasa kita duduk dan tertutup semasa berdiri,” jelasnya dalam laman Klik Dokter.

Ini bermaksud, tubuh kita memiliki sistem tapisan yang membuka saat kita duduk dan menutup saat kita berdiri. Jika anda makan dan minum sambil berdiri, maka tubuh tidak dapat menapis hal-hal tersebut.

Kebiasaan ini memberi risiko dan mengakibatkan bahaya untuk kesihatan buah pinggang jika dibiarkan secara terus menerus.

Selain itu, Nadia menjelaskan makan dan minum sambil berdiri dapat menyebabkan acid reflux, di mana asid akan naik ke esofagus, dan membuatkan tekak anda berasa tidak selesa.

Oleh kerana inilah anda perlu makan dan minum sambil duduk.

Menurut Islam…

Dalam Islam juga, tidak elok untuk makan dan minum sambil berdiri, sebagaimana dengan hadith di bawah…

Diriwayatkan bahawa Anas bin Malik R.A menyatakan:

Sesungguhnya Nabi SAW melarang daripada meminum sambil berdiri. Qatadah bertanya bagaimana pula dengan makan (sambil berdiri)? Anas menjawab: “Yang demikian itu adalah lebih buruk dan tercela. [Sahih Muslim (2024)]

Namun, ada juga sahabat-sahabat Nabi terlihat Baginda minum dalam keadaan berdiri…

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:

“Aku pernah menghidangkan air zam-zam kepada Rasulullah SAW dan Baginda SAW minum dalam keadaan berdiri.” [Sahih Muslim (2027)]

Dan juga…

Diriwayatkan bahawa Ibn Umar R.Anhuma:

“Pada zaman Nabi SAW, kami biasa makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri.” [Sunan Tirmizi (1880)]

Imam Al-Mubarakfuri telah meletakkan hadith ini di bawah bab ‘Rukhsah dalam Minum sambil Berdiri’. Menurut beliau, hadith ini menjadi dalil akan keharusan makan sambil berjalan. Menurut Imam al-Nawawi, larangan daripada makan dan minum sambil berdiri ini menunjukkan kepada Makruh Tanzih, dan Rasulullah SAW melakukan hal tersebut semata-mata untuk menunjukkan keharusannya ketika ada keperluan.

Kenapa Kita Perlu Minum Atau Makan Sambil Duduk?

  • Menjaga kadar cecair dalam tubuh. Dengan ini, tubuh tidak mengalami gangguan pada fungsi pencernaan dan penyerapan makanan, buah pinggang dan boleh mempertahankan suhu tubuh pada paras normal.
  • Membantu membekalkan tenaga pada otot dan sendi.
  • Membantu mengendalikan keperluan kalori tubuh.
  • Menjaga kelembapan dan kesegaran kulit.
  • Membantu proses pembuangan sisa-sisa makanan dan minuman melalui peluh dan air kencing.

Jadi, kesimpulannya, minum atau makan sambil berdiri pasti akan menjejaskan kesihatan kerana struktur badan ketika itu tidak sesuai untuk penghadaman atau pencernaan. Malah sebenarnya, tidak sopan pula untuk ditonton oleh orang ramai. Jika benar-benar situasi tersebut tidak membenarkan untuk kita makan atau minum sambil duduk tidaklah pula haram menurut Islam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen