Mahu Beristeri 4? Ketahui Syarat Poligami Dalam Islam Dulu!

Sebut sahaja tentang poligami, lelaki mana yang tidak gembira apabila isu ini dibualkan. Masing-masing mempunyai pendapat sendiri sehingga mengaku dia lah yang maksum dan mampu bersikap adil.

Teori semata-mata tidak cukup, jadi ketahui syarat-syarat poligami dalam Islam yang sebenar sebelum bermimpi mahu beristeri 4…

1. Hanya 4 tidak boleh lebih!

Jumlah isteri yang boleh dinikahi adalah 4 sahaja dan tidak boleh lebih. Jika tujuan poligami hanya untuk melempiaskan nafsu, memang tidak hairan ia seolah-olah tidak cukup bagi lelaki. Sebenarnya, tujuan poligami yang sebenar adalah untuk membantu wanita-wanita yang masih belum bernikah, tidak mampu atau janda kerana dengan bernikah akan menaikkan darjat seorang wanita. Itu yang Rasulullah SAW lakukan.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 3;

“…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat…”

2. Perlu Adil!

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“…Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja…” (An-Nisa’: 3)

Maka, para suami yang mahu berpoligami seharusnya bersikap adil pada ke semua isteri-isterinya. Bersikap adil bukan sahaja dengan pemberian duit perbelanjaan sahaja, sekiranya memiliki harta kekayaan, tetapi nafkah batin turut sama.

Iaitu, berkasih sayang, bergurau senda dan juga menjaga hubungan intim.

Adil tapi dingin sahaja dengan isteri-isteri pun tak boleh.

3. Tidak melupakan ibadah kepada Allah SWT.

Disebabkan mahu menjadi adil kepada isterinya, ada sahaja suami yang berpoligami terlupa untuk melakukan ibadah kepada Allah SWT.  Terlalu berbangga diri kerana memiliki isteri yang ramai, tetapi terlupa untuk mengajak keluarganya untuk beribadah. Hanya keseronokan dunia yang dikejar.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”(Al-Munaafiquun: 9)

4. Dilarang berpoligami dengan dua wanita yang bersaudara.

Kemudian, sekiranya benar si suami mahu berpoligami dilarang sama sekali memilih wanita yang bersaudara, tetapi pilih dari keturunan yang berbeza. Jika si suami sudah berkahwin dengan seorang wanita yang memiliki adik perempuan yang ramai, adalah dilarang untuk berkahwin dengan adik-adik wanita itu sekiranya dia masih bersama dengan wanita tersebut.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“…Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu….” (An-Nisa’: 23)

Dan juga terdapat sebuah hadith iaitu;

‘Urnmu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; “Sesungguhnya dia tidak halal untukku.” (HR. Imam Bukhari, An Nasa’i)

5. Mampu menjaga kehormatan isteri-isterinya.

Sebagai pemimpin keluarga, antara salah satu tanggung jawabnya adalah untuk menjadikan isteri-isterinya solehah. Jadi, tidak boleh membiarkan isterinya bebas dengan maksiat dan tidak menutup aurat. Maka, setiap isteri-isterinya itu perlu dididik untuk menjaga kehormatan sendiri.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya….” (Taha: 132)

Jika tidak mampu untuk mengikut 5 syarat poligami ini, jangan bermimpi untuk beristeri 4!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen