8 Jenis Rezeki Daripada Allah, Yang Perlu Kita Tahu!

Setiap manusia di atas muka bumi ini telah Allah SWT tetapkan rezekinya masing-masing. Seringkali kita menyempitkan makna rezeki hanyalah harta dan wang ringgit semata, sedangkan makna rezeki Allah itu lebih luas lagi.

Berikut merupakan 8 JENIS REZEKI yang diberikan Allah kepada hambanya….

1. Rezeki Yang Telah Dijamin.

Kita tidak perlu terlalu bimbangkan urusan rezeki kerana Allah telah menjamin bahagian rezeki kita di dunia sejak berada di dalam kandungan lagi.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan...” (Hud: 6)

2. Rezeki Kerana Usaha.

Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya…” (An-Najm: 39)

3. Rezeki Kerana Bersyukur.

Allah sangat suka hamba-Nya yang bersyukur. Syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan akan menjemput lebih banyak keberlimpahan rezeki.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim: 7)

4. Rezeki Tak Terduga.

Terkadang ada juga rezeki yang datang tidak dijangka seperti kawan atau bos tiba-tiba belanja.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah At-Taalaq, ayat 2-3;

“…dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

…Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya…”

5. Rezeki kerana Istighfar.

Dosa menjadi salah satu punca rezeki tersekat. Istighfar dan memohon keampunan atas dosa yang dilakukan akan membuka pintu rezeki.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“…`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu…” (Surah Nuh: 10 – 11)

6. Rezeki Kerana Menikah.

Jangan takut untuk bernikah atas faktor rezeki kerana Allah sudah menetapkan rezeki untuk hamba-Nya yang menikah.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (An-Nur:32)

7. Rezeki Kerana Anak.

Saat anak lahir ke dunia, saat itu juga ia membawa rezeki. Allah juga sudah menetapkan rezeki utuk anak tersebut.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu…..” (Al-Isra’: 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah.

Saat bersedekah, Allah telah menjanjikan balasan sepuluh kali ganda daripada harta yang kita sedekahkan.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.” (Al-Baqarah: 245)

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen