“Nak Jadi Suami Isteri Nanti, Sangat Digalakkan Untuk Bertanya Dan Berbual Setiap Hari, Jangan Buat Hal Sendiri Je”

Bagi pasangan muda yang mahu berkahwin, sudah tentu mengharapkan rumah tangga yang indah belaka.

Berkahwin hanya mengikut trend….

Berkahwin hanya kerana mengikut hawa nafsu sahaja….

Sehingga tidak tahu perkara asas yang paling penting untuk membina rumah tangga adalah KOMUNIKASI.

Tanpa komunikasi, rumah tangga yang mahu dibina pasti akan terdapat cacat celanya.

Ini berkemungkinan sudah terbiasa dengan kehidupan sebagai bujang, hanya hidup bersendirian dan kadang-kala malas untuk berbicara dengan orang sekeliling. Jangan terbawa-bawa sikap semasa bujang sehingga selepas berkahwin.

Pentingnya untuk bertanya…

“Dah makan ke belum?”

“Kerja hari ni macam mana?”

“Ada masalah apa-apa ke?”

Walaupun nampak remeh, dan macam…

“Alahhh, buat apa nak tanya, asyik soalan sama setiap hari…”

Namun, setiap hari yang kita harungi adalah berbeza dan berlainan bagi setiap insan. Pasti akan banyak isu yang boleh dibualkan bersama pasangan.

Jangan biarkan hari-hari berlalu tanpa berbual dengan pasangan.

Tanya apa sahaja, walaupun rasa ia seperti soalan ‘budak-budak’ atau soalan ‘bodoh’. Anda bukannya berkahwin dengan patung cendana ya, untuk berdiam diri dan melakukan hal sendiri sepanjang masa.

Antara hal lain yang boleh anda bual selalu dengan pasangan adalah…

1. Duit.

Ini kerana setiap hari kita akan mengeluarkan duit tanpa kita sedar. Tak kira sama ada duit sikit atau banyak, hal ini perlu dibawa bincang dan ada kata sepakat. Jangan sembunyi terutamanya hal duit ni, memang perang satu rumah nanti. Anda dengan pasangan perlu telus mengenai kewangan masing-masing.

2. Hubungan intim.

Isu ini juga amat penting untuk hubungan suami isteri. Ini kerana ramai sahaja dikalangan orang melayu malu untuk bincang dengan pasangan sendiri, padahal ia adalah perkara untuk mengeratkan hubungan suami isteri. Bincang elok-elok, apa yang okay dan tidak okay.

Sebab itu antara punca perceraian yang berlaku adalah berkenaan dengan hubungan intim. Antara sebabnya adalah bau badan pasangan yang tidak ‘menyelerakan’.

3. Matlamat.

Matlamat ni, bukan untuk jangka masa panjang sahaja. Anda dan pasangan juga boleh buat matlamat untuk minggu tersebut.

Sebagai contoh;

“Nak simpan duit sikit, minggu ni boleh bawa anak jalan-jalan..”

Itu matlamat anda untuk memenuhi hak anak-anak.

4. Hati dan perasaan.

Ada juga pasangan yang liat untuk meluahkan perasaan selepas berkahwin, padahal masa bercinta setiap hari bagi pick up line. Merengek-rengek nak pasangan ucap I love you, I Miss You. Tapi selepas kahwin, pasangan merajuk pun buat tak tahu.

Maka, kalau ada sahaja yang tidak kena, luahkan pada pasangan. Kalau tak luahkan perasaan pada suami/isteri anda, tak kan nak luahkan pada suami/isteri jiran pula, kan?

5. Anak-anak.

Anak-anak ni, bukan sekadar untuk bincang tentang tumbesaran mereka sahaja. Anda dan pasangan haruslah membuat perancangan keluarga. Rancang nak anak jarak berapa tahun. Ikut kesesuaian masa dan juga pendapatan anda dengan pasangan.

Kesimpulannya, untuk membina rumah tangga yang bahagia, bila dah berjanji setia untuk menjadi suami isteri selamanya, terus-terang itu kuncinya! Jujur dengan pasangan okay!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen