“Ibu Bapa Juga Perlu Turunkan Ego Dan Berani Minta Maaf Pada Anak Sebelum Terlambat..” Ikuti Kisah Menyayat Hati Ini.

Dalam mendidik anak-anak, kadang-kala ibu bapa sendiri boleh menjadi ego untuk tidak mengaku salah dan menganggap setiap didikannya betul. Akan tetapi, apabila Ter-marah, Ter-rotan, Ter-tengking, Ter-jerit…sepatutnya ibu bapa perlu sedar kelakuan tersebut hanya akan makan diri sahaja. Malah, ia memberi kesan yang panjang sehingga anak-anak menjadi dewasa kelak.

Sayangkan anak tidak semesti dengan hanya meninggikan suara, dengan pendekatan yang lembut pun masih boleh memberi kesan yang baik pada anak-anak seperti perkongsian dari saudara Muhammad Hassan atau dikenali sebagai Encik Matt

********

Kita Semua Sayang Anak Kan?

Tuan puan sedar tak mungkin hari ini kita banyak terlepas untuk curahkan kasih sayang terhadap mereka.

Lagi 1-2 jam anak-anak akan mula tidur. Sebelum mereka tidur panggil mereka sekejap atau pergi ke bilik mereka. Sebab mungkin ada di antara kita hari ini jerit,cubit anak 2-4 tahun sebab sepahkan rumah, sempahkan baju yang baru kita lipat, pakaian yang baru kita gosok dan buatkan kita letih sebab nak mengempeng sepanjang hari.

Rotan anak dengan amarah sebab mereka merokok, malas solat, malas mengaji, malas kemaskan rumah dan basuh pinggan, malas baca buku, malas pergi sekolah. Boleh jadi ada yang rotan mereka sehingga berbirat sebab telah memalukan kita dengan perangai mereka.

Turunkan Ego Dan Minta Maaf Pada Anak-Anak Sebelum Tidur…

Malam ini sebelum tidur pergilah kepada mereka. Pergilah dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta kepada mereka. Turunkan amarah dan ego kita. Pegang tangan mereka. Minta maaf kepada mereka diatas apa yang telah kita lalukan.

Jika anak dewasa peluk mereka, cium dahi mereka, terangkan kepada mereka dengan nada yang sayu kenapa kita pukul dan marah mereka. Zahirkan dengan kata-kata betapa kita terlalu sayangkan mereka. Betapa kita mengambil berat tentang mereka.

"Abi minta maaf rotan muhammad sebab tidak solat tadi. Abi sayang muhammad lebih dari diri abi, jika muhammad tidak solat, siapa akan bantu abi jika abi mati malam ini, siapa nak bantu umi jika umi mati malam ini"


Gambar Sekadar Hiasan. Kredit: Viratandia

Anak Adalah Pemberian Ilahi Kepada Kita Untuk Meriahkan Suasana…

Tuan puan….

Bayangkan mangsa-mangsa kebakaran itu adalah anak kita. Bagaimana untuk lalui kehidupan malam ini dan hari-hari akan datang tanpa suara mereka,tanpa kerenah mereka,tanpa perangai 'nakal'mereka. Tanpa perangai merajuk mereka.

Mulai esok tiada siapa lagi minta duit dari kita,tiada lagi yang ajak kita pergi mall,beli permainan yang mereka suka. Tiada lagi gelak tawa dan suara jeritan memanggil kita untuk ajak bermain. Mulai esok tiada lagi yang melompat-lompat atas katil kita, atas sofa dalam rumah kita.

Mulai esok tiada siapa lagi sepahkan rumah, Mulai esok tiada lagi orang yang panjat belakang kita. Mulai esok bau bantal mereka,selimut mereka mulai pudar dari deria kita. Mulai esok tiada lagi yang cium pipi,tangan kita,peluk tubuh kita dengan erat. Mulai esok tiada lagi orang yang akan ajak kita keluar makan.

Hargai Anak Sebelum Terlambat….

Tuan puan saya pernah kehilangan seorang anak. Anak yang pernah memanggil nama saya, pernah tarik janggut saya, pernah kencing atas ribaan saya. Pernah gigit jari saya. Pernah air liurnya masuk kedalam mulut saya. Itu saya,belum ibunya lagi.siang malam penat untuknya,sakit untuknya.

Namun anak ini telah pergi buat selamanya, anak ini sedang bergembira bersama tuhannya.

Tuan puan,hargai mereka,sayangilah mereka. Jadilah pendengar yang setia setiap keluhan mereka, jadilah rakan dan tempat senda gurau mereka. Peluk dan ciumlah mereka malam ini.

Didiklah mereka dengan sepenuh kasih sayang,jangan sekali naik tangan ke muka mereka kerana ini dilarang oleh Rasul kita. Sayangi dan cintai mereka Kerana Allah dan Rasul. Moga mereka akan jadi anak yang soleh dan solehah yang akan menyelamatkan kita.

-EncikMatt-

#LelakiBurQa

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen