Adab-Adab Pergi Open House Ketika Hari Raya.

‘Weekend ni jom pergi open house!’

Hari minggu adalah hari yang bersesuaian untuk kita menyambungkan hubungan ukhwah dan juga silaturrahim antara keluarga dan sahabat handai. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Bukan sahaja banyak open house yang kita akan ziarahi, kenduri kahwin kawan-kawan pun pasti berderet untuk kita kunjungi. Pada saat ini, pasti kita akan berjumpa dengan rakan-rakan yang lain, dan akan dijemput untuk ke open house pula supaya dapat sambung perbualan.

Related image

Yela, masa kenduri semua orang nak cepatkan, mesti nak jumpa lagi. Jadi, adab-adab untuk pergi open house rakan-rakan yang anda perlu tahu adalah…

1. Pilih masa yang sesuai.

Walaupun kita merasakan sahabat tersebut adalah rakan yang paling rapat berbanding dengan lain, jagalah juga adab untuk ziarah pada masa yang bersesuaian. Hanya kerana dia bff kita, awal pagi dan waktu maghrib pun kita redah masuk rumah dia. JANGAN!

Jagalah privasi sahabat tersebut, lebih-lebih lagi kalau sahabat kita tu sudah berumah tangga. Pasti banyak urusan rumah tangga yang perlu dia selesaikan dulu.

2. Jaga mulut dan mata.

Bak kata pepatah…

‘Masuk Rumah Orang Butakan Mata, Keluar Rumah Orang Bisukan Mulut’

Maksudnya, hindarilah diri kita mencari aib tuan rumah di dalam rumahnya sendiri, tapi bila dah nampak jangan pula sebarkan aib pada orang ramai pula.

Sedangkan Allah telah berfirman, Daripada Ibn Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang mencari-cari aib (atau kelemahan) saudaranya yang Muslim, nescaya Allah akan membuka aibnya walaupun dia berada di dalam rumahnya.” [Hadis Riwayat Tirmizi]

3. Elakkan daripada bergossip.

Bila dah lama tak berjumpa ni, pasti ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan bersama rakan-rakan, kan? Daripada elok bercerita tentang kenangan manis, tiba-tiba bergossip dan mengumpat keburukan orang lain pula. Kan tak elok tu!

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“…dan  janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya…” [Surah al Hujrat: 12]

4. Jangan cerewet dengan juadah yang dihidangkan.

Hari raya ni, kalau pergi open house, semuanya juadah yang sama sahaja.

Asyik rendang, rendang, rendang!

Lemang, nasi impit, kuah kacang, dan juga biskut raya.

Jadi, kita sebagai tetamu, jangan mengeluh dan cerewet, terima apa sahaja juadah yang tuan rumah sediakan, ya!

Tips untuk tuan rumah: Masak simple seperti mihun atau mee goreng pun okay. Atau makan petang seperti roti jala, lempeng pisang, karipap dan sebagainya.

5. Kawal anak sebaik mungkin.

Hal ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka yang memiliki anak kecil yang ramai. Memang sukar untuk mengawal anak-anak yang sedang lasak, lebih-lebih lagi yang baru dapat ‘kaki’, memang pening ibu bapa jadinya.

Related image

Maka, ibu bapa perlu menjalankan peranan untuk menegur anak-anak dengan baik, jangan biarkan sahaja. Dan jangan biarkan tuan rumah pula yang menegur anak-anak anda pula, sebab gaya didikan semua orang ada yang berbeza.

Selamat Menjaga Adab dan Selamat Hari Raya!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen