“Isteri Jangan Terlalu Manjakan Suami, Komitmen Dari Dua Belah Pihak, Bukan Seorang Sahaja”

Jika ikutkan adat melayu, kehidupan selepas berkahwin banyak yang kita akan lihat dimana isteri melayani suami seperti raja. Tetapi suami tidak melayani isteri seperti permaisuri pula. Situasi ini kita boleh namakan ‘Komitmen Sebelah Pihak’…

Komitmen sebelah pihak akan menyebabkan isteri atau suami akan menjadi tertekan, kemurungan dan memang terfikir untuk berpisah sahaja. Sebab itu banyak rumahtangga sekarang ini goyah kerana mengalami situasi sebegini.

Seperti perkongsian dan nukilan daripada saudara Firdaus Shakirin ini, seorang isteri jangan terlalu manjakan suami hanya kerana cinta dan sayang semata-mata…

********

"Ayang, ambikkan abang air..." Ok bang, tunggu jap ayang ambik...

"Ayang, baju dah penuh dalam mesin basuh ni..." Kejap lagi ayang basuh dan sidai bang...

"Ayang, sampah kat dapur tu dah berbau..." Ayang buang sekarang bang...

"Ayang, ni apa yang tumpah atas lantai ni...melekit la lantai..." Abg jangan pijak ya, ayang pergi ambik mop...

Nampak sweet? Nampak macam inilah kehidupan rumahtangga yang boleh dijadikan contoh untuk orang lain?

For me, nope...

Tidak sekali-kali saya akan bersetuju dengan cara macam ni...

Kenapa perlu memanjakan sangat suami?

Sebab sayang, sebab cinta?

Setahun dua berkahwin, mungkin ya, tapi bila dah lama awak buat mcm ni, awak akan didik suami awak untuk jadi TUAN dan BOS dalam rumahtangga tu...

From A to Z, segalanya awak kena buat dan dia cuma tahu mengarah sahaja...

Sekarang awak ada banyak masa, tiada perkara lain yang menghalang awak untuk berbakti kepada suami...

Tunggu bila awak ada anak, bila awak dah sibuk, bila awak ada banyak urusan kerja yang nak diselesaikan...Masa ni, awak akan rasa tertekan dengan sikap suami yang segalanya mengharapkan awak untuk buat...Sebab tu dari awal berkahwin perlu ajak suami buat urusan rumah tangga bersama…

Perlu suruh suami buat itu ini...

Jangan bagi dia selesa sangat atau senang sangat bila ada dalam rumah...

Suruh suami berdosa ke? Jatuh derhaka kalau suami buat keje atas arahan isteri?

‘Rumahtangga yang bahagia menuntut komitmen daripada kedua-duanya, bukan dari seorang sahaja’

 Jangan ajar atau didik suami untuk goyang kaki diruang tamu sedangkan awak berkejaran buat itu ini...

Ini cara yang salah dalam sesebuah perhubungan sebab at the end, awak yang akan jaid mangsa, awak yang akan tertekan dan awak yang akan hilang kesabaran...

Masa tu, jangan salahkan orang lain...

********

Semoga Pasangan Suami Isteri Tidak Membiarkan Pasangan Masing-Masing Menjalankan Komitmen Berseorangan!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen